Skip to main content

Hiburan

Konsert The Weeknd Thailand Bertukar Kecoh, Ada Individu Buang ‘Hajat’ Di Kawasan Standing

Konsert The Weeknd Thailand Bertukar Kecoh, Ada Individu Buang ‘Hajat’ Di Kawasan Standing

Sekilas

  • Konsert The Weeknd di Bangkok kecoh selepas tular dakwaan seorang individu membuang air besar di kawasan 'standing' berhampiran pentas.
  • Foto yang tular menunjukkan najis di lantai stadium dan penonton berkumpul di sekitar kawasan tersebut semasa persembahan berlangsung.
  • The Weeknd akan meneruskan dua lagi konsert di Thailand pada 12 dan 13 Oktober, dengan kesemua tiket habis terjual.
Advertisement

Suasana konsert penyanyi antarabangsa The Weeknd di Bangkok bertukar kecoh selepas tular dakwaan seorang individu dkatakan membuang air besar di kawasan ‘standing’ berhampiran pentas.

Insiden tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial selepas beberapa pengguna X berkongsi foto dipercayai memaparkan najis di atas lantai stadium ketika konsert berlangsung, Ahad lalu.

Menerusi foto yang tular, sekumpulan penonton dilihat berkumpul membentuk bulatan di sekitar kawasan terbabit.

Beberapa pengguna media sosial mendakwa terdapat individu yang membuang air besar di kawasan ‘standing’ ketika persembahan sedang berlangsung.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan mengenai identiti individu yang bertanggungjawab atau bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

The Weeknd berada di Thailand menerusi siri jelajah After Hours Til Dawn Tour yang menyaksikan peminat dan pelancong dari seluruh Asia membanjiri negara berkenaan.

Penyanyi itu dijadualkan meneruskan dua lagi persembahan di Thailand pada Isnin dan Selasa, 12 serta 13 Oktober.

Kesemua tiga persembahan stadium tersebut dilaporkan habis terjual.

Siri jelajah After Hours Til Dawn Tour The Weeknd di Malaysia akan berlangsung 4 & 5 November depan di TM National Bukit Jalil.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement