Skip to main content

Hiburan

Konsert ‘For You Nourul’ Dijadual Semula Ke 30 Mei 2026

Astro Gempak 178

Sekilas

  • Konsert solo sulung Nourul, For You Nourul, yang asalnya dijadual pada 17 April 2026, telah ditunda ke 30 Mei 2026 bagi memberi laluan kepada perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
  • Penjadualan semula dibuat selepas perbincangan antara penganjur dan Nourul untuk memastikan kualiti konsert serta penyusunan barisan artis jemputan yang lebih baik.
  • Tiket konsert boleh dibeli di laman rasmi Ticket2U dengan pelbagai kategori harga bermula dari RM198 hingga RM6,000 untuk VIP Box.

Demi memastikan kepuasan maksimum buat para peminat serta menjamin kualiti terbaik sebelum ‘membuka panggung’ bagi konsert solo sulungnya, penyanyi Nourul penjadualan semula konsert For You Nourul.

Konsert yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 17 April 2026 kini ditunda ke 30 Mei 2026.

Menurut pihak penganjur, ND Entertainment keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Nourul bagi memastikan acara yang cukup bermakna sepanjang lebih tiga dekad penglibatannya dalam industri hiburan itu dapat direalisasikan dalam suasana terbaik.

“Pihak penganjur dan Nourul telah berbincang dan bersetuju untuk menjadualkan semula tarikh For You Nourul kepada 30 Mei 2026.

“Pertimbangan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk menghormati dan memberi laluan kepada dua perayaan penting umat Islam iaitu Aidilfitri serta Aidiladha.


“Selain itu, kami percaya pemilihan tarikh 30 Mei 2026 sangat sesuai bagi memberi ruang kepada peminat menyusun semula bajet selepas musim perayaan. Kami mahu For You Nourul menjadi hari keraian khas untuk Nourul dan peminat dalam suasana yang lebih selesa dan meriah,” jelas wakil penganjur.

Sementara itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Binti Ab. Wahab, 49, berkata penukaran tarikh tersebut turut memberi kelebihan dari segi perancangan produksi dan penyusunan barisan artis jemputan.

“Antara sebab tarikh For You Nourul ditukar kepada 30 Mei 2026 adalah kerana melalui proses perbincangan bagi mencapai kata sepakat untuk penyusunan semula jadual perjalanan konsert susulan penukaran penganjur lama kepada syarikat saya sendiri,” katanya.

Penyanyi popular dengan lagu Kerana Terluka itu kekal optimis konsert solo berkenaan akan mendapat sambutan hangat serta menjadi momen terindah yang telah dirancang rapi sejak sekian lama.

Walaupun tarikh telah dikemas kini, peminat masih boleh mendapatkan tiket mengikut kategori harga berikut:
           •           RM198 – Sehati Sejiwa
           •           RM298 – Cinta Azali
           •           RM328 – Keliru
           •           RM388 – Kerana Terluka
           •           RM6,000 – VIP Box
 

vsdf


Konsert For You Nourul akan berlangsung pada 30 Mei 2026, jam 8.00 malam di Zepp Kuala Lumpur

Tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi Ticket2U.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement