Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Kontroversi Pun Datang Dengan Satu Harga Yang Mahal” - Shaza Bae Akui Tak Kuat Hadapi Tekanan ‘Fame’

ASTROGEMPAK Shaza Bae

Sekilas

  • Shaza Bae berkongsi bahawa populariti bukan sesuatu yang mudah dan datang dengan harga yang perlu dibayar, termasuk kesan kontroversi yang tidak semua orang mampu tanggung.
  • Beliau menegaskan bahawa fame bersifat bermusim dan setiap individu mempunyai fasa tersendiri dalam industri seni.
  • Minat mendalam terhadap dunia seni menjadi pendorong utama Shaza kekal bertahan walaupun berdepan cabaran seperti waktu penggambaran yang panjang dan kritikan berterusan.
Advertisement

Pelakon Shaza Bae berpandangan populariti atau ‘fame’ bukanlah sesuatu yang mudah, malah ia hadir dengan harga yang perlu dibayar.

 

Advertisement

Menurut Shaza, ada segelintir pihak beranggapan kontroversi mampu membuka lebih banyak peluang dalam industri, namun tidak semua mampu menanggung kesannya.

 

“Mereka kata untuk dapatkan lebih tawaran kena ada kontroversi sebab senang ada kontroversi. Tapi kontroversi pun datang dengan satu harga yang mahal. Mungkin tak semua orang boleh bawa. 

 

“Mungkin Allah tahu kot, ‘Shaza, you sebenarnya tak cukup kuat untuk bawa satu harga fame’,” katanya menerusi podcast Confession Bilik Gelap yang dikendali pengacara Sudirman Mohd Tahir. 

 

Tambahnya lagi, persepsi bahawa populariti mudah dikecapi adalah tidak tepat kerana setiap individu mempunyai fasa tersendiri dalam industri.

 

“Yang orang macam, ‘oh fame is so easy.’ You don’t know. Mana you tahu? Dan fame yang saya belajar, fame is very seasonal. Season ini orang itu, season itu orang ini.

 

“Jadi, saya faham benda itu, saya berdamai dengan benda itu. Saya tak terlalu terpengaruh dengan benda yang dipanggil fame,” ujarnya.

 

Dalam masa sama, Juara Dewi Remaja ini turut menegaskan minat yang mendalam terhadap dunia seni menjadi faktor utama dia kekal bertahan meskipun berdepan pelbagai cabaran.

 

“Saya sedar sebenarnya saya sangat minat dengan apa yang saya buat. Kalau tak, saya tak boleh tahan sampai enam tahun. Boleh saja nak pergi kerja lain.

 

“Tapi bila saya fikir balik, sebenarnya aku minat. Cuma perjalanannya tidak mudah. Menjadi anak seni tak semudah yang disangka,” katanya lagi.

 

Menurutnya, realiti sebenar dunia lakonan menuntut komitmen tinggi termasuk waktu penggambaran yang panjang serta berdepan kritikan berterusan daripada masyarakat.

 

“Shooting long hours, dan pada masa sama kita meletakkan diri untuk dikritik 24 jam,” jelasnya.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

Must Watch Video

Advertisement