Skip to main content

Hiburan

"Korang Dah Minta, Tapi..." - Irfan Zaini

"Korang Dah Minta, Tapi..." - Irfan Zaini

Sekilas

  • Irfan Zaini menerima kritikan terhadap filem Terbang sebagai sokongan untuk memperbaiki karya dan menggalakkan penonton memberi pandangan secara terbuka.
  • Filem Terbang dihasilkan berdasarkan permintaan penonton untuk sesuatu yang berbeza daripada genre aksi dan hantu yang biasa.
  • Irfan berharap penonton memberi sokongan dengan menonton filem tempatan di pawagam dan tidak menunggu sehingga ia tersedia di platform OTT.
Advertisement

Pelakon, Irfan Zaini tidak berkecil hati dengan sebarang kritikan atau komen yang diberikan penonton terhadap filem Terbang, sebaliknya menganggap pandangan tersebut sebagai satu bentuk sokongan untuk menghasilkan karya yang lebih baik.

 

Advertisement

Menurut Irfan, penonton mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan terhadap sesebuah karya dan pihak produksi juga perlu terbuka menerima teguran yang diberikan.

 

“Tidak sebab saya rasa penonton ada kebebasan untuk bagi komen, kita tak boleh kecil hati dengan benda itu.

Advertisement

 

“Memang mereka beritahu apa yang mereka rasa sebab mereka pun nak tolong kita sebenarnya. Mereka mungkin nak betulkan itu ini untuk nampak filem itu lebih bagus,” katanya.

 

“Filem Terbang ini, kita dengar komen-komen netizen sebelum kita ambil movie tu. Sebab mereka kata, kenapa selalu aksi, selalu hantu, selalu benda yang sama? Buatlah benda yang berbeza.

 

“Sebab itu kita buat Terbang. Kita nak bagi, kita nak tengok, ‘Hey, korang dah minta, tapi korang akan pergi tengok ke tak?’ So, kita dah bagi apa yang korang nak. Dan saya rasa semua yang dah tengok tu, mereka rasa movie ini best. Itu sahaja saya nak. Kita dah bagi yang terbaik.

 

“Siapa yang dah tengok, komen dia lain. Siapa yang belum tengok boleh bagi 1,000 alasan, tapi yang dah tengok, satu alasan sahaja: ‘Pergi tengok!" ujarnya.

 

Pada masa sama, Irfan mengakui tidak kisah jika filem Malaysia mendapat sambutan yang lebih menerusi platform OTT.

 

Bagaimanapun, Irfan turut berharap penonton tidak menunggu sehingga sesebuah filem tempatan masuk ke platform penstriman sebelum memberikan sokongan, sebaliknya mengambil peluang untuk merasai pengalaman menonton filem berkenaan di pawagam ketika masih ditayangkan.

 

“Actually, Irfan sangat happy sebab Irfan tengok sekarang ini top 10 dekat OTT, you know which platform, almost tujuh filem adalah filem Malaysia.

 

“Tapi benda yang sedihnya adalah ramai orang cakap, ‘Alamak, kenapa saya tak pergi tengok cerita ini bila dia dekat wayang?’Please don't make the mistake. Bagi peluang kepada filem-filem Malaysia kita sebab ada kualiti.

 

“Orang boleh tengok dekat OTT sekarang what kind of movies we make. So right now, Terbang is in the cinemas, don't waste it, don't regret later. Pergi tengok, especially on 4DX. Terbang!” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement