Sekilas
- Danial Kifli minta peminat jangan bandingkan kos ‘Meet & Greet’ dia dengan penyanyi lain sebab setiap orang ada konsep dan pertimbangan sendiri.
- Acara ‘Meet & Greet’ ini dibuat sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sokong dia masa Big Stage Rocketfuel.
- Danial faham kalau ada yang rasa harga tak sesuai dan minta mereka hormat pilihan tanpa tinggalkan komen negatif.
Penyanyi, Danial Kifli meminta peminat supaya tidak membandingkan kos ‘Meet & Gree’t miliknya dengan penyanyi lain kerana setiap pihak mempunyai konsep dan pertimbangan tersendiri.
Menurut Danial, penganjuran ‘Meet & Greet’ berkenaan dilakukan dengan niat yang baik, khususnya sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang selama ini memberikan sokongan sewaktu di Big Stage Rocketfuel tempoh hari.
Dalam pada itu, Danial turut menegaskan bahawa dia memahami sekiranya ada peminat yang merasakan harga ditawarkan tidak bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.
Justeru, dia meminta mereka yang tidak berkemampuan atau merasakan tawaran tersebut bukan untuk mereka supaya menghormati pilihan berkenaan tanpa meninggalkan komen negatif.
“Kalau rasa bajet tak sesuai atau bukan untuk korang, it’s totally okay. Just ignore dan elakkan komen negatif yang mungkin boleh buat orang lain terasa.
“Kita hormat pilihan dan kemampuan masing-masing. No hate, just love & respect,” ujarnya.

Sumber: Threads