Bukan keluarga Kardashian jika tidak muncul dengan cerita-cerita sensasi.
Terkini salah seorang ahli keluarga Kardashian, Kourtney telah melancarkan produk yang dijual secara eksklusif di pasaraya terkenal, Target.
Advertisement
Kourtney menjual lolipop dengan rasa segar yang mengandungi probiotik yang didakwa mampu membantu menjaga keseimbangan mikrobioma vagina.
Lolipop tersebut merupakan koleksi terkini dari produk miliknya, Lemme Pur.
“Memperkenalkan lolipop pertama yang mengandungi probiotik baik, vitamin C dan rasa nanas untuk memberi kebersihan vagina,” begitu kenyataan promosi yang disiarkan di media sosial.
Ada juga promosi mempamerkan wanita ‘menikmati’ lolipop tersebut dengan memakannya.
Bersama lolipop tersebut, wanita berusia 46 tahun itu juga melancarkan beberapa produk kecantikan lain termasuk untuk selulit.
Tindakan Kourtney yang memasarkan produk lolipop yang didakwa mampu memberi kesihatan pada alat sulit menerima beragam kritikan.
Ramai dalam kalangan pengguna media sosial menyifatkan ia sebagai menjijikkan.
Sebelum ini Kourtney juga menimbulkan kontroversi kerana mengeluarkan seluar dalam berbulu.