Sekilas
- Aaliyah Natasha berkongsi bahawa Allahyarham Jalil Hamid sepatutnya membintangi drama Cinta Dalam Sekam sebagai watak Uwan.
- Peranan Jalil Hamid tidak dapat diteruskan selepas berita pemergiannya pada Mei lalu diterima oleh pihak produksi.
- Allahyarham Jalil Hamid meninggal dunia pada 4 Mei di kediamannya selepas menunaikan solat Subuh, menurut anaknya Afiqah Jalil.
Salah seorang pelakon bagi drama Cinta Dalam Sekam, Aaliyah Natasha berkongsi bahawa pelakon dan pelawak, Allahyarham Jalil Hamid sepatutnya turut membintangi drama tersebut.
Menerusi ciapan di Threads, Aaliyah mendedahkan bahawa Jalil Hamid sepatutnya membawa watak Uwan namun tidak dapat direalisasikan selepas pihak produksi menerima berita mengenai pemergian Allahyarham pada Mei lalu.
“Arwah sepatutnya jadi watak Uwan , Tapi semasa penggambaran, kami dapat berita pemergiannya.. Al-fatihah,” kongsinya.
Terdahulu, kredit scene bagi drama tersebut mengundang tanda tanya selepas pihak produksi memaparkan gambar belasungkawa Allahyarham Jalil di penghujung drama.
““Kejap, kenapa ada kredit scene pada arwah Jalil Hamid ya? Adakah beliau (salah seorang pelakon), sebelum ni takde kan?,” kongsi seorang netizen di Threads.
Sekadar info, Allahyarham Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 4 Mei lalu.
Menurut anaknya, Afiqah Jalil, bapanya meninggal dunia selepas tertidur usai menunaikan solat Subuh.
Sumber: Threads