Skip to main content

Indonesia

Kris Dayanti Dedah Pernah Ditahan Dalam Lokap Imigresen, Dilarang Masuk Australia 6 Bulan

ASTRO GEMPAK KD

Sekilas

  • Kris Dayanti mendedahkan pernah ditahan di lokap imigresen Australia bersama bekas suami dan kru kerana masalah visa kerja.
  • Semasa ditahan, mereka dibenarkan keluar sebentar untuk cari makanan oleh pegawai imigresen yang memahami situasi mereka.
  • Selepas dilepaskan, Kris Dayanti dilarang masuk ke Australia selama enam bulan dan pasportnya diberi tanda merah.
Advertisement

Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mendedahkan pernah ditahan di dalam sebuah lokap imigresen di Australia beberapa tahun lalu. Tidak bersendirian, penyanyi itu ditahan bersama bekas suami yang juga rakan penyanyinya waktu itu, Anang Hermansyah serta kru mereka.

"Ketika itu saya bersama arwah pengurus saya, arwah jurusolek (MUA), mas Anang dan Edwin. Jodi, kami semua diletakkan dalam satu sel," kata Krisdayanti dalam program Gank Mentri Ceria seperti dilaporkan Kompas.

Advertisement

Menurut penyanyi Mencintaimu itu, dia dan kru ditahan di lokap imigresen selepas pemeriksaan lapangan terbang dipercayai kerana berdepan masalah visa.

“Kami datang ke Australia ramai dan ada artis juga kan. Tapi pihak imigresen menegaskan kami perlu visa kerja dan kena menghormati undang-undang.

“Jadi sebab gagal tunjukkan via kerja, akhirnya saya dan beberapa artis lain ditahan di dalam lokap imigresen Australia.

Advertisement

"Saya betul-betul ditahan di lokap, di lokap Imigresen, selepas keluar (daripada pemeriksaan lapangan terbang)," cerita isteri Raul Lemos itu.

Sepanjang ditahan di dalam lokap berkenaan, beliau memberitahu masih berasa bertuah kerana salah seorang pegawai bertugas membenarkan mereka keluar untuk mencari makanan.

"Alhamdulillah pegawai yang menjaga kami pada syif malam itu merupakan suku orang asli Australia, jadi mereka memahami keadaan kami dan saya dibenarkan keluar sebentar," kenangnya.

Malah kata Kris Dayanti, sewaktu keluar mencari makanan, dia hanya mampu melihat poster dirinya yang dijadual membuat persembahan di negara tersebut namun terpaksa dibatalkan atas masalah visa kerja.

“Sedih lihat poster persembahan tapi saya ditahan,” katanya/

Walaupun dilepaskan selepas itu, Kris Dayanti memberitahu dilarang masuk ke Australia selama enam bulan.

“Pasport saya dicho merah, dilarang masuk Australia enam bulan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement