Skip to main content

Hiburan

Kubur Anak Dipenuhi Burung Merpati, Perkongsian Amyza Aznan Undang Sebak - “Apakah Rahsia Amalanmu Anak”

Andre Mikhail

Sekilas

  • Amyza Aznan berkongsi video kubur anaknya, Andre Mikhail, yang dipenuhi burung merpati sebagai tanda doa dan kasih sayang dari ribuan hamba Allah.
  • Dalam kapsyen, Amyza menyifatkan kehadiran burung itu sebagai rahmat dan tanda anaknya disayangi bukan sahaja manusia tetapi juga makhluk ciptaan Allah SWT.
  • Andre Mikhail meninggal dunia Februari lalu selepas hampir setahun melawan kanser paru-paru tahap tiga, dan berita itu diumumkan sendiri oleh Amyza di Instagram.
Advertisement

Perkongsian terbaharu pelakon, Amyza Aznan menerusi Instagram (IG) ketika meziarahi kubur arwah anaknya, Andre Mikhail Khairil Izhar pada Jumaat telah menyorot perhatian netizen.

Menerusi hantaran yang dibuat, Amyza memuat naik video kubur anaknya yang dipenuhi burung merpati.

Advertisement

Di ruangan kapsyen, Amyza meluahkan rasa hiba sambil menganggap kehadiran burung merpati itu atas asbab doa ribuan hamba Allah buat anak tercintanya itu.

“Apalah rahsia amalan mu anak. Kamu disayangi dan didoakan oleh ribuan hamba Allah, bukan sahaja oleh manusia, tetapi istana mu dikunjungi oleh makhluk ciptaan Allah SWT yg lain. Al-fatihah anak solehku,” tulis Amyza.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan arwah Andre sebagai seorang anak yang baik sehingga mendapat nikmat sebegitu di dunia.

“Masya-Allah, Andre seorang anak yang baik dan sentiasa mendapat reda ibunya.

“Anak taat kepada ibu sehingga burung datang berzikir untuknya.

“Arwah anak yang hebat,” komen netizen.

Sekadar info, anak kepada Amyza, Andre Mikhail mengembuskan nafas terakhir Februari lalu selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Allahyarham difahamkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.30 malam. 

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories.

Sumber: Instagram Amyza Aznan

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement