Sekilas
- Pelakon Datin Intan Najuwa memohon bantuan orang ramai untuk mencari kucing peliharaannya yang hilang sejak dua hari lalu di kawasan Taman U-Thant.
- Intan menawarkan saguhati kepada sesiapa yang dapat menemui kucing kesayangannya dan menggesa orang ramai untuk menghubunginya melalui DM jika ternampak.
- Dia berkongsi bahawa sudah dua malam menangis mencari kucing tersebut, dan wargamaya turut memberi tips mencari haiwan peliharaan termasuk menggunakan kucing jalanan sebagai bantuan.
Pelakon Datin Intan Najuwa memohon bantuan orang ramai untuk memaklumkan kepadanya jika ternampak kucing perliharaannya yang sudah hilang sejak dua hari lalu.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Intan memberitahu dia akan memberikan saguhati kepada sesiapa yang terjumpa dengan kucing kesayangannya itu.
“Korang tolong, sesiapa yang macam ternampak kucing saya kat luar, beritahu saya please. Dah dua hari dia tak balik rumah.
“Tolong bantu saya, nanti saya bagi reward. Area Taman U-Thant. Tak pasti dia sekarang dah sesat ke area mana.
“Kalau sesiapa ternampak buddak ocot ini, DM me okay. Hargai sangat,” kongsi Intan.
Menerusi perkongsian itu juga, Intan berkata dia menangis mencari kucingnya yang hilang.
“Saya dah dua malam menangis macam orang gila cari budak ini,” katanya.
Rata-rata wargamaya memberi tips dan cara mencari haiwan perliharaan dengan meminta pertolongan kucing jalanan dengan memberikan mereka makanan.
Sumber - Threads