Skip to main content

Selebriti

Kucing Kesayangan Pergi Buat Selamanya, Ceddy Ang Terkilan Tak Sempat Teman Saat Akhir - “Untuk Orang Lain Dia Mungkin Hanyalah Oyen…”

Kucing Kesayangan Pergi Buat Selamanya, Ceddy Ang Terkilan Tak Sempat Teman Saat Akhir - “Untuk Orang Lain Dia Mungkin Hanyalah Oyen…”

Sekilas

  • Ceddy Ang berkongsi kesedihan selepas kehilangan kucing kesayangannya, Angel, yang dianggap seperti anak sendiri.
  • Dia terkilan kerana tidak dapat menemani Angel ketika saat-saat terakhir di wad.
  • Ceddy menasihati pemilik haiwan peliharaan supaya memberi perhatian dan penjagaan terbaik serta sentiasa berada di sisi haiwan kesayangan mereka terutama ketika sakit.
Advertisement

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Ceddy Ang meluahkan rasa sedih selepas pemergian kucing kesayangannya, Angel.

Menerusi perkongsian di Threads, Ceddy menyifatkan pemergian Angel sebagai satu kehilangan besar buat dirinya memandangkan kucing berkenaan bukan sekadar haiwan peliharaan, sebaliknya dianggap seperti anak sendiri.

Advertisement

Lebih menyedihkan, Ceddy turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berada di sisi Angel ketika kucing itu menghembuskan nafas terakhir.

“Rest in peace my oyen Angel. Dia pergi dengan tenang di wad. Saya patah hati kerana tidak berada di sisinya pada saat-saat terakhir.

“Saya harap dia tidak fikir saya meninggalkannya, seperti ketika saya menemukannya bertahun-tahun dahulu.

Advertisement

“Bagi sesetengah orang, dia hanyalah seekor kucing Oyen. Tetapi bagi saya, dia ialah angel saya, anak lelaki saya yang berani, penyembuh kecil yang cuba menjaga saya ketika saya sakit, inspirasi di sebalik Asal Ada Kamu dan anugerah paling berharga dalam hidup saya,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Ceddy turut menitipkan pesanan kepada pemilik haiwan peliharaan lain agar tidak terlalu memikirkan perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan selagi haiwan kesayangan mereka masih sihat.

Menurutnya, perkara paling penting adalah memberikan perhatian dan penjagaan sebaik mungkin, selain sentiasa berada di sisi haiwan peliharaan ketika mereka memerlukan bantuan, terutamanya apabila jatuh sakit.

“Saya bukan sengaja nak menakutkan semua pet owners, ya saya tengah sedih sebab anak saya dah meninggal tapi awak yang masih ada anak-anak bulu ni, selagi dorang masih sihat, jangan fikir benda yang tak membantu ok?

“Inilah masa untuk betul betul take care of them, be with them and help them bila mereka sakit,” pesannya.

Sumber: Threads @ceddyornot

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement