Skip to main content

Hiburan

KUDRAT 1968: Abbas Masuk KUDRAT Demi Adik, Tapi Berdepan Dunia Penuh...

KUDRAT 1968: Abbas Masuk KUDRAT Demi Adik, Tapi Berdepan Dunia Penuh...

Sekilas

  • Siri premium Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council memperkenalkan kisah permulaan dunia High Council dengan fokus pada watak Abbas yang berjuang dalam sistem hierarki KUDRAT.
  • Abbas menghadapi cabaran peribadi berkaitan bapanya, Ungku Deramat, yang meninggalkan legasi dan persoalan dalam hidupnya.
  • KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council, mula ditayangkan pada 11 September.
Advertisement

Siri premium Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council akhirnya membuka tirai dengan memperkenalkan penonton kepada permulaan dunia yang menjadi asas kepada legasi High Council.


Berlatarbelakangkan tahun 1968, episod pertama membawa penonton mengenali watak Abbas lakonan Zarif Ghazzi yang memasuki KUDRAT dengan satu tujuan utama iaitu membantu adiknya, Ad lakonan Umar Shakur. 

Advertisement

 

Bagaimanapun, langkah Abbas ke institusi berkenaan tidaklah semudah yang disangka apabila dia mula berdepan dengan dunia yang mempunyai sistem hierarki tersendiri.

 

Di KUDRAT, kedudukan dan darjat seolah-olah memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana seseorang dilayan.

 

Dalam masa sama, Abbas turut berdepan dengan satu perkara yang lebih peribadi apabila kemasukannya ke KUDRAT mempunyai kaitan dengan nama bapanya, Ungku Deramat, yang pernah mengabaikannya.

 

Situasi tersebut sedikit demi sedikit membuka persoalan mengenai hubungan Abbas dengan bapanya serta legasi yang ditinggalkan di sebalik nama KUDRAT.

 

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

 

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

 

KUDRAT 1968: High Council sudah mula menemui peminat pada 11 September.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement