Skip to main content

Hiburan

Kudrat 1968: “Adegan Buli Bukan Untuk Menggalakkan Tapi Nak Beri Kesedaran” - Evertts Gomes

Kudrat 1968: “Adegan Buli Bukan Untuk Menggalakkan Tapi Nak Beri Kesedaran” - Evertts Gomes

Sekilas

  • Evertts Gomes menjelaskan filem Kudrat 1968 yang memaparkan isu buli dan pergaduhan bukan bertujuan menggalakkan perbuatan negatif, tetapi untuk membuka mata masyarakat tentang punca masalah tersebut.
  • Pelakon ini menegaskan karya sebegini memberi peluang penonton memahami isu dari sudut berbeza, seperti dalam kes curang yang memberi kesedaran kepada pasangan supaya lebih berhati-hati.
  • Evertts juga menyeru ibu bapa supaya tidak terus menyalahkan kanak-kanak yang terlibat dalam buli tanpa mengetahui punca sebenar, kerana filem dan drama yang mengangkat isu ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat.
Advertisement

Menjadi salah seorang pelakon bagi filem Kudrat 1968 yang sarat dengan adegan buli serta pergaduhan, pelakon Evertts Gomes berpandangan karya itu bukanlah bertujuan untuk mengajar penonton melakukan perkara negatif tersebut.

Menurut pemilik nama ini, karya tersebut sepatutnya dijadikan sebagai medium kepada masyarakat untuk memahami punca sesuatu masalah selain menyedari realiti yang berlaku dalam dunia nyata.

Advertisement

“Pada pendapat saya, tiada jawapan betul atau salah kerana ini pandangan peribadi.

“Apabila kita menonton karya memaparkan isu buli atau contoh lain seperti kecurangan, itu bukan bermaksud filem tersebut mengajar atau menggalakkan kita melakukan perkara sama.

“Sebaliknya, karya sebegini membuka mata masyarakat supaya memahami dari mana datangnya punca buli, kecurangan dan pelbagai masalah lain,” katanya kepada Gempak.

Menurut bekas peserta Hero Dewi Remaja 2023 itu, jalan cerita yang diketengahkan juga memberi peluang kepada penonton melihat sesuatu isu itu dari sudut pandang yang berbeza.

“Contohnya dalam rumah tangga, seorang isteri mungkin percaya sepenuhnya kepada suami apabila menerima mesej mengatakan dia bekerja lebih masa.

“Tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku di tempat kerja.

“Sebab itu ada drama mengangkat kisah curang. Bukan untuk mengajar orang berlaku curang, tetapi memberi kesedaran supaya pasangan lebih peka, berhati-hati dan tidak terlalu alpa,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ini berpandangan bahawa isu buli ini perlu dilihat dengan lebih mendalam, khususnya oleh golongan ibu bapa.

Ujarnya, ibu bapa tidak seharusnya terus menyalahkan atau menghukum kanak-kanak yang terbabit dalam kes buli tanpa mengetahui punca di sebalik perbuatan tersebut.

“Dalam isu buli juga sama. Sebagai ibu bapa, kita tidak semestinya terus memarahi kanak-kanak membuli anak kita.

“Sebaliknya, cuba cari punca. Mungkin cara mereka dibesarkan atau suasana di rumah menjadi faktor membentuk sikap sedemikian.

“Kes buli semakin berleluasa, sebab itu semakin banyak drama dan filem mengangkat isu tersebut. Namun, tujuan utamanya bukan mengajar orang membuli, sebaliknya mengajak masyarakat mencari punca dan meningkatkan kesedaran,” tuturnya.

Sekadar info, Evertts diperkenalkan sebagai salah seorang dari enam pelakon utama bagi filem Kudrat 1968.

Kudrat 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Selain Evertts, filem itu turut dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Chech Harith, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement