Skip to main content

Hiburan

KUDRAT 1968: High Council Bakal Bermanifesto Di Pawagam 29 Oktober Ini!

KUDRAT 1968: High Council Bakal Bermanifesto Di Pawagam 29 Oktober Ini!

Sekilas

  • Episod akhir KUDRAT 1968 telah ditayangkan pada 16 Oktober dan cerita akan disambung menerusi filem KUDRAT 1968: High Council yang akan keluar pada 29 Oktober.
  • Astro Shaw telah mengeluarkan poster rasmi filem tersebut yang menampilkan barisan pelakon utama seperti Abbas, Piji, Kuda dan Pa.
  • Tiket untuk KUDRAT 1968: High Council kini sudah dibuka untuk pembelian di TGV Cinemas dan peminat boleh menonton di pawagam berdekatan.
Advertisement

Episod akhir KUDRAT 1968 telah pun temui peminat pada 16 Oktober. Namun sejak awal diumumkan oleh pihak Astro Shaw bahawa naskhah ini menampilkan konsep 'Satu Cerita, Dua Format', dan penceritaan KUDRAT 1968 bakal diteruskan menerusi filem yang akan ditayangkan bermula  29 Oktober ini.

Terbaharu, Astro Shaw tampil memuat naik poster rasmi bagi KUDRAT 1968: High Council sekali gus memberikan gambaran barisan pelakon yang bakal meneruskan lagi kisah Abbas, Piji, Kuda dan Pa yang merupakan antra  nadi utama dalam dunia High Council.

Advertisement

Dalam masa sama, TGV Cinemas turut mengumumkan bahawa jualan tiket Kudrat 1968: High Council kini sudah pun dibuka dan orang ramai boleh mula membuat pembelian.

Dan sudah pasti rata-rata peminat tidak sabar menantikan apakah kesudahan bagi Abbas, Kuda, Piji dan juga Pa.

Jangan ketinggalan untuk rasai kehangatan KUDRAT 1968: High Council di pawagan berdekatan anda bermula 29 Oktober ini.

Advertisement

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement