Sekilas
- Filem KUDRAT 1968: High Council akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.
- Filem terbitan Astro Shaw ini telah mencatat jualan tiket awal sebanyak RM3 juta sebelum tayangan rasmi bermula.
- Filem arahan Zulaikha Zakaria ini mendapat sambutan hangat selepas empat episod awal, menampilkan pelakon seperti Mierul Aiman dan Zarif Ghazzi.
Kurang sehari sahaja lagi, filem KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara.
Sungguhpun begitu, filem terbitan Astro Shaw ini terus membuktikan fenomenanya apabila berjaya mencatat jualan yang tinggi meskipun tayangan rasmi belum bermula.
Menerusi perkongsian yang dibuat Astro Shaw di Instagram (IG), KUDRAT 1968: High Council sudah pun berjaya meraih kutipan tempahan tiket awal sebanyak RM3 juta setakat Selasa.
Pencapaian itu pastinya menjadi bukti bahawa filem arahan Zulaikha Zakaria ini mendapat sambutan hangat daripada penonton yang sudah mengikuti empat episod awal naskhah ini, sekali gus meningkatkan lagi rasa teruja peminat untuk menyaksikan apakah kesudahan kepada watak utama dalam filem ini.
Selain Zulaikha, filem ini turut mendapat arahan bersama Khairi Asyraff dan menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.