Sekilas
- Seorang wargamaya di Threads membuat spekulasi bahawa watak Mazli dalam drama KUDRAT 1968: High Council akan maut pada episod ketiga berdasarkan teori yang dikumpul.
- Pelakon Chech Harith yang memegang watak Mazli memberi respon santai dengan menafikan teori tersebut dan menjelaskan dia tiada dalam sesi bergambar kerana sedang di tandas.
- KUDRAT 1968 adalah prekuel kepada siri High Council yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar dan sudah mula ditayangkan sejak 11 September.
Seorang wargamaya tampil membuat spekulasi mengenai Mazli yang merupakan salah satu watak dalam drama Siri premium Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut merasakan watak Mazli akan maut pada episod ketiga berdasarkan beberapa teori yang dikumpulnya sendiri.

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat respon pelakon yang memegang watak Mazli itu sendiri iaitu Chech Harith yang seakan mahu menafikan teori berkenaan.
Seloroh Chech, dia tidak berada bersama ketika sesi bergambar kerana dia sedang berada di tandas.
“Sebenarnya saya pergi tandas waktu (bergambar) ni,” komen Chech.
Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.
Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
KUDRAT 1968: High Council sudah mula menemui peminat pada 11 September.
Sumber: Threads