Skip to main content

Hiburan

Kudrat 1968: Pengarah Jelaskan Pemilihan Mierul Aiman Bukan Sebab ‘Favourite’ - “Bila Tengok Episod Pertama Akan Terjawab Kenapa…”

Kudrat 1968: Pengarah Jelaskan Pemilihan Mierul Aiman Bukan Sebab ‘Favourite’ - “Bila Tengok Episod Pertama Akan Terjawab Kenapa…”

Sekilas

  • Pengarah filem Kudrat 1968, Zulaikha Zakaria, memilih Mierul Aiman sebagai teraju utama berdasarkan kemampuan pelakon itu membawa watak Tengku Uda dengan interpretasi tersendiri semasa sesi casting.
  • Zulaikha menegaskan pemilihan Mierul bukan kerana faktor populariti, tetapi kerana keberkesanan lakonan yang ditunjukkan dalam video casting dan cara tenang membawakan watak tersebut.
  • Kudrat 1968, prekuel kepada Projek: High Council, akan mula ditayangkan pada 11 September dan diharap dapat menjawab persoalan mengenai pemilihan Mierul sebagai Tengku Uda.
Advertisement

Pengarah filem Kudrat 1968, Zulaikha Zakaria tampil menjelaskan pemilihan Mierul Aiman sebagai salah seorang teraju utama bagi naskhah tersebut meskipun pernah terlibat dengan prequel bagi filem tersebut iaitu Projek: High Council.

Perjelas Zulaikha, pemilihan Mierul dibuat adalah berdasarkan kemampuan pelakon itu melakukan interpretasi tersendiri untuk membawa watak Tengku Uda sewaktu sesi ‘casting’.

Advertisement

“Ramai yang hantar video casting, saya boleh katakan 90 peratus yang hantar memang mahukan watak ini.

“Ramai yang fikir watak Tengku Uda adalah seorang antagonis tetapi sebenarnya dia lain. Jadi, bila Mierul hantar video ‘casting’ pun saya dah terkejut.

“Bila saya tengok, timbul saya ‘interesting’. Dan daripada situlah kita dapat lihat beberapa babak yang diminta, Mierul boleh bawa dengan sangat bagus,” katanya kepada Gempak.

Zulaikha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod pertama drama tersebut di TGV Suria KLCC, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zulaikha menegaskan pemilihan Mierul bukanlah dibuat kerana ‘favourite’, sebaliknya kemampuan pelakon itu yang berjaya membuktikan keberkesanan dalam menjayakan watak menjadi faktor utama.

“Saya tak rasa dia sebab dia favourite ke apa. Memang terbukti daripada segi casting video pun, dia nampak lain.

“Cara dia bawa watak itu juga sangat tenang,” katanya lagi.

Justeru, Zulaikha berharap agar segala teka-teki mengenai pemilihan Mierul sebagai watak Tengku Uda akan terjawab selepas penonton menonton sendiri naskhah ini yang akan mula ditayangkan bermula 11 September depan.

“Saya harap bila tengok episod satu tu sendiri, terjawablah kenapa Mierul saja yang boleh bawa watak Tengku Uda,” tambahnya.

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat pada 11 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement