Skip to main content

Hiburan

Kudrat 1968: ‘Sesi Manifesto’ Selama 2 Minggu Buat Peminat Tak Keruan - “Nak Tunggu Seminggu Pun Sesak Nafas, Inikan Pula…”

Sekilas

  • Siri Astro Shaw, KUDRAT 1968 akan berehat selama dua minggu untuk memberi ruang kepada sesi Manifesto yang berlangsung pada 25 September dan 2 Oktober.
  • Penonton dan pelajar diminta tidak mengganggu kelancaran sesi manifesto sepanjang tempoh tersebut sebelum episod ketiga, Tabah, ditayangkan pada 9 Oktober.
  • KUDRAT 1968 adalah prekuel kepada dunia High Council dan kini ditayangkan setiap Jumaat di Astro Ria dan Astro Citra, dengan pilihan tontonan awal di Sooka dan Astro X3.
Advertisement

Siri Original Astro Shaw, KUDRAT 1968 : High Council*bakal ‘berehat’ selama dua minggu bagi memberi ruang kepada ‘sesi manifesto’ yang akan diadakan.

Menerusi perkongsian Astro Shaw, sesi Manifesto KUDRAT 1968 akan berlangsung pada 25 September dan 2 Oktober, sebelum episod ketiga iaitu Tabah ditayangkan pada 9 Oktober.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, para penonton yang juga pelajar diminta untuk tidak melakukan sebarang kekacauan sepanjang sesi manifesto itu berlangsung.

“Perhatian kepada semua pelajar! Sesi Manifestro Kudrat 1968 akan berlangsung dari 25 September hingga 2 Oktober.

“Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk tidak membuat sebarang gangguan atau tindakan yang boleh menjejaskan kelancaran sesi manifesto sepanjang tempoh tersebut.

Advertisement

“Jumpa di episod akan datang pada 9 Oktober. Kerjasama dan perhatian dari semua pelajar amat dihargai,” kongsi Astro Shaw.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian rata-rata penonton yang kemudiannya meninggalkan pelbagai reaksi dan teori mengapa Kudrat 1968 ‘berehat’ selama dua minggu.

“Dah macam bola sepak ya ada international break. Bola tak ada, Kudrat tak ada. Nak buat apa minggu ini?

“Alaa rilex laa jangan gelabah tenangg.. Pergi layan Terbang tu dulu yang belum tengok support another local film.

“Nak tunggu seminggu pun dah sesak nafas, inikan pulak 3 minggu,” antara komen netizen.

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council kini ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat, jam 9.00 malam. Penonton juga boleh menonton episod lebih awal pada jam 12 tengah malam melalui Sooka atau Astro X3.

H: Kudrat 1968: ‘Sesi Manifesto’ Selama 2 Minggu Buat Peminat Tak Keruan - “Nak Tunggu Seminggu Pun Sesak Nafas, Inikan Pula…”

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement