Skip to main content

Hiburan

Kulit Bertukar Kuning, Machine Gun Kelly Kongsi Derita Cacah Tatu ‘Blackout’ - “Rasa Macam Nak…”

Machine Gun Kelly

Sekilas

  • Machine Gun Kelly berkongsi pengalaman derita selepas mencacah tatu 'blockout' yang menutupi dada, perut dan tangannya.
  • Selepas seminggu tatu siap, MGK mengalami masalah kesihatan serius termasuk kelenjar limfa terjejas, kulit bertukar kuning dan kesukaran menggerakkan badan atas.
  • Proses tatu yang biasanya mengambil masa dua tahun berjaya disiapkan dalam dua bulan, dan MGK menganggap kesakitan itu sebagai sumber inspirasi dalam hidupnya.

Penyanyi terkenal antarabangsa, Machine Gun Kelly (MGK) berkongsi derita yang dihadapinya selepas mencacah tatu ‘blockout’ yang menutupi hampir seluruh bahagian dada, perut dan tangannya.

Menurut MGK dia mengalami masalah kesihatan serius sehinggakan jatuh sakit seminggu selepas proses tersebut.

“Selepas minggu pertama, bahagian kelenjar limfa di ketiak dan bahu saya terjejas. Saya jatuh sakit, kulit bertukar kuning dan saya tidak boleh tidur.

“Saya juga tidak dapat menggerakkan beberapa bahagian badan atas seperti biasa,” katanya.

Berkongsi lanjut, MGK memaklumkan proses mencacah tatu yang kebiasaannga mengambil masa sehingga dua tahun itu juga berjaya disiapkan dapam tempoh hanya dua bulan.

Meskipun sudah diberikan amaran mengenai tahap kesakitan yang bakal dihadapi namun pelantun lagu Bad Things ini tetap berkeras meneruskannya.

Malah, MGK menganggap kesakitan yang dirasainya itu seakan memberi inspirasi besar dalam hidupnya.

“Bukan sahaja kerana apa yang saya lakukan, tetapi kerana apa yang saya berjaya harungi,” ujarnya.

Sebelum ini, MGK pernah menyifatkan proses menghasilkan tatu ‘blackout’ itu sebagai pengalaman paling menyakitkan yang pernah dilaluinya sehingga ada ketika dia merasakan dirinya hampir ‘mati’ ketika berada di atas kerusi tatu.

Sumber: Yahoo

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement