Skip to main content

Hiburan

Kumpulan VIP Buat Kemunculan Semula Di Konsert Tukang Gempak Adam, Fadlan Hazim Dakwa Tak Tahu-Menahu - “Mereka Tak Ajak Saya”

Fadlan Hazim

Sekilas

  • Fadlan Hazim menjelaskan dia tidak dijemput untuk persembahan bersama kumpulan VIP semasa Konsert Tukang Gempak Adam pada 9 Mei lalu.
  • Fadlan menganggap hubungan dengan VIP sudah berakhir sejak 2012 dan tidak terasa hati, malah gembira melihat rakan-rakannya kembali membuat persembahan.
  • Pelakon itu terbuka jika diajak untuk membuat persembahan bersama VIP pada masa akan datang dan mengakui rindu dengan kumpulan tersebut.

Pelakon, Fadlan Hazim tampil menjelaskan ketiadaannya bersama kumpulan Versatility In Performance (VIP) semasa Konsert Tukang Gempak Adam yang dianjurkan di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.

Menurut Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar, dia sebenarnya tidak mengetahui mengenai persembahan tersebut malah mendakwa tidak mendapat sebarang jemputan.

"Mereka tidak ajak saya semasa konsert itu. Kami ada sahaja berhubung, cumanya mereka tidak ajak saya untuk buat persembahan bersama," katanya kepada Gempak.

Fadlan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Nas’tara Sekutu Setan bertempat di TGV Sunway Pyramid pada Selasa.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu tidak terasa malah tumpang gembira melihat rakan-rakannya membuat kemunculan semula di atas pentas.

"Tak ada terasa apa sebab memang bagi saya dengan kumpulan VIP itu sudah berakhir sejak tahun 2012.

"Bila tengok dia orang kembali buat persembahan, saya seronoklah tengok mereka. Buatkan saya terimbau balik memori-memori dulu.

"Dalam dua tiga tahun itu memang banyak sangat kenangan-kenangan yang kelakar, susah, macam-macam perangai," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Fadlan memaklumkan dia terbuka sekiranya bekas anggota kumpulannya ada mengundang untuk membuat persembahan bersama di atas pentas satu hari nanti.

"Ya, saya okey sahaja sekiranya mereka mahu ajak saya. Rindu itu mestilah ada. Tapi ada orang cakap, rindu boleh kembali jangan.

"Tapi saya memang mengaku yang rindu dengan kumpulan VIP," tambahnya.

Untuk rekod, kumpulan VIP yang dianggotai lima ahli ditubuhkan pada awal tahun 2011.

Bagaimanapun Fadlan pada 2012 mengumumkan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut kerana tidak mempunyai keserasian.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement