Skip to main content

Selebriti

Kurang Dikenali, Aiman Ameer Tak Cemburu Kejayaan Evertts Gomes - “Rezeki Setiap Orang Berbeza”

Aiman Ameer Tak Cemburu Kejayaan Evertts Gomes

Juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer tidak berkecil hati jika namanya masih belum menyerlah sebagai pelakon berbanding rakan seperjuangannya, Evertts Gomes, yang kini semakin dikenali dalam industri seni.

Menurut Ameer, kejayaan seseorang dalam bidang seni tidak boleh diukur hanya berdasarkan populariti semata-mata, sebaliknya setiap individu mempunyai perjalanan rezeki yang berbeza.

Advertisement

“Alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah rasa nak berhenti atau putus asa dalam dunia seni. Bagi saya, sama ada juara atau tidak, semua 16 finalis Hero dan Dewi Remaja adalah pemenang.

“Sebab untuk terpilih masuk ke dalam Hero dan Dewi Remaja itu bagi saya mereka semua adalah pemenang.

“Saya hanya juara dalam pertandingan, tetapi kemenangan dalam kehidupan sebenar sangat subjektif.

“Mungkin ada kawan yang rezekinya datang awal, mungkin ada yang lambat,” ujarnya.

Ameer berkata demikian ketika ditemui Gempak pada acara Meet & Greet pelakon siri Astro Originals iaitu Generasi: Perfect 10 bersama peminat pada Jumaat.

Mengulas mengenai Evertts, Ameer turut menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan sahabatnya yang disifatkannya sebagai ‘upcoming rockstar’ dalam kalangan rakan seangkatan.

“Evertts sekarang ini sedang meningkat naik, saya rasa bangga dan gembira untuk dia, saya harap dia terus maju jaya.

“Saya selalu ingatkan rakan-rakan supaya jangan rasa ‘down’. Sebaliknya, kita jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi untuk sama-sama bangkit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ameer mengakui dia sedang menikmati proses pembelajaran dalam dunia seni dan melihat setiap peluang yang datang sebagai ruang untuk mengasah bakatnya.

“Pada saya, rasa rendah diri itu kena ada cuma setakat ini tak pernah rasa ‘down’, sebaliknya saya enjoy dengan apa yang Allah bagi.

“Mungkin ini fasa latihan untuk saya, dari segi hosting, berlakon watak jahat, baik dan sebagainya.

“Insya-Allah, satu hari nanti kalau saya dapat projek terbaik yang mampu menyerlahkan bakat saya, mungkin itu akan jadi asbab untuk nama saya naik,” ujarnya.

Selain Ameer, Generasi: Perfect 10 arahan Sling Ng ini dibintangi oleh Arena Wan, Arabella Ellen, Daniel Fong, Sofia Jane, Ellyza Azizi, Daniel Fong, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan Sherie Merlis. 

Saksikan episod akhir Generasi: Perfect 10 secara eksklusif di Astro Ria, Astro Citra, Astro GO dan aplikasi sooka.

Siri ini mengisahkan watak utama Ezie, lakonan Arena Wan, yang sejak kecil meminati sukan gimnastik. 

Namun, perjalanan hidupnya berubah selepas kelab gimnastik sekolah ditutup sebelum dia nekad menyertai sebuah akademi sukan berprestij.

Must-Watch Video

Advertisement