Skip to main content

Berita Tempatan

"Kurang Sebulan Sebelum Nikah, Abah Pergi Selamanya" - Fahimi Rahmat Imbau Pesan Akhir Arwah Bapa... Masih Terasa Kehilangan

Astro Gempak fahimi

Sekilas

  • Fahimi Rahmat berkongsi kisah pemergian bapanya kurang sebulan sebelum hari pernikahannya dan lagu terbarunya 'Kenangan Lama' yang sebenarnya mengandungi pesan arwah bapanya.
  • Dia sering mengenang momen bersama arwah bapanya setiap kali keluarga berkumpul walaupun cerita yang sama sering diulang.
  • Ibunya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan kerana dalam tempoh iddah, dan Fahimi masih dalam proses menerima kehilangan tersebut sambil menghadiahkan doa buat arwah.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Fahimi Rahmat berkongsi kisah pemergian arwah bapanya menerusi beberapa hari sebelum hari majlis pernikahannya.

Menurut Fahimi, dia baru sahaja menghasilkan sebuah lagu berjudul 'Kenangan Lama' yang pada awalnya dilihat seperti lagu cinta biasa.

Advertisement

Namun apabila diteliti semula, lirik lagu tersebut sebenarnya menggambarkan seolah-olah arwah bapanya sedang menyampaikan pesanan kepada anak-anak yang ditinggalkan.

“Saya ada buat lagu tajuknya 'Kenangan Lama' ingatkan pasal cinta, tapi bila teliti balik rupanya liriknya seolah arwah abah saya tengah pesan kat anak dia,” tulisnya.

Dalam hantaran lain di Threads, Fahimi turut berkongsi momen ketika menziarahi pusara arwah bapanya sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan setiap hari.

“Assalamualaikum dan selamat pagi abahku. Katakan Alhamdulillah kalau awak masih dapat bangun hari ini,” katanya.

Menurut Fahimi, setiap kali ahli keluarga berkumpul, mereka pasti akan berbual mengenai kenangan bersama arwah bapanya walaupun cerita yang dikongsikan sering kali sama.

“Sapa macam ni? Bila kumpul ramai-ramai family je tak sah kalau tak cerita pasal momen-momen bersama arwah abah dulu. Even cerita yang sama walaupun dah berbulan-bulan dia pergi,” luahnya.

Perkongsian yang paling menyentuh hati adalah apabila Fahimi mendedahkan bahawa dia merupakan anak bongsu dalam keluarga yang masih belum berkahwin ketika bapanya meninggal dunia.

Menurutnya, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir kurang sebulan sebelum hari pernikahannya berlangsung.

“Saya anak last yang belum kahwin. Kurang sebulan sebelum nikah abah meninggal,” tulisnya.

Lebih memilukan, ibunya juga tidak dapat menghadiri majlis pernikahan tersebut kerana masih berada dalam tempoh iddah selepas kematian suami.

“Hari nikah mama tak boleh datang sebab dalam iddah, jadi dua-dua tak dapat menyaksikan,” katanya lagi.

Akui masih berdepan proses menerima kehilangan tersebut, Fahimi berkata apa yang mampu dilakukannya kini hanyalah menghadiahkan doa, istighfar dan selawat buat arwah bapanya.

“Perasaan bercampur baur dengan sedih, nebes, terluka, sakit semua ada,” luahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement