Skip to main content

Hiburan

Kurangkan ‘Glamour’ & Elak Jadi Bahan Cerita Orang, Ini Prinsip PU Riz Dalam Perkahwinan - “Jadilah Kita Satu Keluarga Sehingga…”

PU Riz

Sekilas

  • PU Riz jelaskan perkahwinannya dengan Neelofa bukan berdasarkan cinta semata-mata, tetapi atas pertimbangan matang dan perancangan masa depan.
  • Mereka berbincang tentang pentingnya privasi dan mengelakkan kehidupan yang terlalu terdedah kepada perhatian umum sebelum mendirikan rumah tangga.
  • Hasil persefahaman itu, kehidupan keluarga mereka kini lebih tenang dan tidak lagi menjadi tumpuan perhatian ramai seperti sebelum ini.
Advertisement

Pengacara program Mualim Muda, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkata perkahwinannya bersama usahawan dan selebriti terkenal Neelofa bukan dibina atas dasar cinta semata-mata, sebaliknya pertimbangan matang serta perancangan masa depan.

 

Advertisement

Menurut PU Riz, memilih pasangan hidup apatah lagi figura dikenali ramai seperti Neelofa memerlukan pemikiran yang rasional dan bukan keputusan terburu-buru.

 

“Ini bukan cerita cinta. Ini lebih kepada bagaimana seorang lelaki menggunakan otak dia untuk pilih pasangan dia. Sebab bila nak kahwin dengan orang macam Neelofa, dia bukan satu benda yang biasa macam kita kahwin dengan orang biasa.

 

“Biasa di sini bukan maksud orang itu tak cantik ke apa. Tapi biasa dari segi orang tak kenal. Kalau kahwin dengan figura awam, orang kenal kita dan nak tahu fasal dia,” katanya.

 

Tambahnya lagi, antara perkara utama yang dibincangkan sebelum mendirikan rumah tangga adalah soal privasi dan kehidupan yang tidak terlalu terdedah kepada perhatian umum.

 

“Saya bagi tahu mudah saja. Antara perkara yang saya cakapkan, pertama saya tak nak kita jadi orang yang sentiasa menjadi topik penceritaan orang ramai. Bermakna kurang-kurangkanlah kita dalam dunia-dunia yang terlalu glamour ini,” ujarnya.

 

PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala perbincangan tersebut diterima baik oleh isterinya, sekali gus memudahkan perjalanan rumah tangga mereka.

 

Hasil persefahaman itu, PU Riz berkata kehidupan mereka sekeluarga kini lebih tenang dan tidak lagi terlalu menjadi perhatian umum seperti sebelum ini.

 

“Alhamdulillah banyak yang dibincangkan itu diterima dan benda itu jadi Alhamdulillah okey. Better than what I expect. Dan Lofa pun satu orang yang baik. 

 

“Boleh cakap juga kemungkinan besar ikhlas dalam apa yang dia buat. Dan jadilah kita satu keluarga sehingga hari ini yang tidak lagi menjadi perhatian awam yang terlalu teruk ataupun yang tertinggi,” katanya.

 

Haris berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast Borak Dulu Sebelum Kamu bersama pengacara Ubai menerusi platform YouTube Gempak. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement