Ringkasan AI
- Kylie Jenner membalas spekulasi putus dengan Timothee Chalamet dengan memberi tanda suka pada posting Instagram aktor itu.
- Spekulasi timbul selepas Timothee tidak kelihatan di majlis ulang tahun ke-70 Kris Jenner baru-baru ini.
- Majlis tersebut dihadiri ramai selebriti Hollywood seperti Mariah Carey, Chris Rock, dan Alicia Keys.
- Keluarga Kardashian meraikan pesta bertemakan 007 yang menimbulkan tanda tanya tentang hubungan Kylie dan Timothee.
- Kylie dan Timothee mula bercinta sejak 2023 dan menjalani hubungan secara sederhana selepas Kylie berpisah dengan Travis Scott.
Kylie Jenner mempunyai cara tersendiri untuk mematikan dakwaan nakal mengenai hubungannya dengan kekasih, Timothee Chalamet.
Hubungan pasangan selebriti tersebut didakwa dalam masalah dan sudah berakhir apabila kelibat Chalamet tidak dilihat dalam majlis ulang tahun ke-70 ibu Kylie, Kris Jenner hujung minggu lalu.
Pada majlis tersebut, Kris disambut dengan meriah dalam kalangan selebriti Hollywood termasuk kehadiran Mariah Carey, Chris Rock dan Alicia Keys.
Keluarga Kardashian juga dilihat dalam pesta dengan tema 007 itu sehingga menimbulkan spekulasi Kylie dan Chalamet sudah tidak lagi bersama.
Tanpa memberi kenyataan, Kylie ‘menjawab’ hubungan cinta bersama Chalamet masih utuh menerusi tanda suka yang ditinggalkan pada perkongsian terkini aktor tersebut di Instagram.
Selebriti berusia 28 tahun itu memberi tanda suka pada trailer filem lakonan Chalamet dan Gwyneth Paltrow, Marty Supreme yang dikongsi di Instagram pada Selasa, lapor US Weekly.
Chalamet, 29, dan Kylie mula bercinta sejak tahun 2023. Pasangan itu bagaimanapun menjalani hubungan mereka secara sederhana selepas Kylie berpisah dengan Travis Scott.