Skip to main content

Hiburan

Lakonan Kodi Rasheed Dalam Malaikat Malam Raih Pujian Netizen - “Watak Kecil Tapi Once Dia Deliver, Story Jadi Sangat Best”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Lakonan Kodi Rasheed dalam filem Malaikat Malam mendapat pujian walaupun wataknya kecil, berjaya menghidupkan jalan cerita dengan baik.
  • Filem ini mengisahkan Azam, seorang ‘mat motor’ yang mengalami perubahan hidup selepas kemalangan dengan seorang gadis buta, dibintangi oleh Syafiq Kyle.
  • Tiket filem Malaikat Malam sudah boleh didapati di pawagam seluruh Malaysia, dengan pelbagai pelakon mantap yang turut menyertai produksi ini.

Meskipun tidak memegang watak utama namun, lakonan pelakon, Kodi Rasheed menerusi filem Malaikat Malam tetap mendapat perhatian serta meraih pujian penonton.

Menerusi ciapan dibuat @sukafilem, individu itu menyifatkan lakonan Kodi dalam Malaikat Malam berjaya menghidupkan filem tersebut meskipun wataknya kecil jika hendak dibandingkan dengan watak utama yang dibawa pelakon, Syafiq Kyle.

“Satu lagi pelakon (Kodi Raasheed), watak yang kecil tapi once dia dah deliver, story dia jadi sangat best!,” luahnya individu tersebut.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat respon daripada warganet lain yang rata-ratanya bersetuju dengan hantaran yang dibuat.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut memuji lakonan Kodi sambil menyifatkan aktor itu sebagai salah seorang pelakon ’underrated’ dan serba boleh.

“Kodi ni bawa watak jahat pon aku suka , bawa watak abang-abang baik pun aku suka. Multitalented.

“Watak paling rare lah. First dia punya watak slow je tapi bila dahmeletop, si Boy pun goyang,” komen netizen.

Sekadar info, Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna. Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin menampilkan pelakon versatil Syafiq Kyle sebagai Azam, seorang pelumba jalanan dengan konflik emosi di sebalik kehidupan berisiko. Menerusi watak Azam, Syafiq Kyle buat pertama kalinya menyahut cabaran membawakan karakter seorang ‘mat rempit’, memperlihatkan transformasi lakonan yang lebih berani dan berbeza daripada penampilan sebelum ini. 

Turut menampilkan barisan pelakon mantap, termasuk Tracie Sinidol sebagai gadis buta, yang membawa dimensi tersendiri kepada cerita, serta kemunculan semula Que Haidar ke layar perak yang dinantikan ramai. Pelakon lain yang mencuri tumpuan ialah Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi, yang menjanjikan kombinasi watak yang bertanaga dan meninggalkan kesan. 

Tiket filem Malaikat Malam sudah boleh didapatkan di seluruh pawagam berdekatan anda bermula hari ini. Gunakan #MalaikatMalam2026 di semua platform digital dan ikuti perkembangan dan info terkini filem di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios. 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement