Skip to main content

Hiburan

Lakonan Menjadi, Netizen Anggap Izzue Islam Layak Menang Pelakon Terbaik - “Lepas Itu Dapat Banyak Tawaran…”

Izzue Islam

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads memuji bakat lakonan Izzue Islam dan berharap dia layak mendapat anugerah Pelakon Terbaik.
  • Izzue dianggap berjaya membawa pelbagai watak dengan baik, termasuk watak jahat, gila, OKU, dan baik.
  • Netizen turut memuji lakonan Izzue sebagai Zakwan dalam drama ‘Bahagia Yang Tertangguh’ dan berharap dia mendapat lebih banyak tawaran berlakon.

Seorang individu di platform Threads memuji bakat lakonan pelakon Izzue Islam yang dianggap sepatutnya layak mendapat anugerah ‘Pelakon Terbaik’. 

 

Menerusi perkongsian individu bernqma Irahx, dia juga berharap Izzue akan mendapat banyak tawaran filem memandangkan semua watak yang dibawa aktor itu menjadi. 

 

“Aku harap sangat Izzue Islam dapat anugerah pelakon terbaik nanti. Lepas itu dapat banyak tawaran berlakon filem pula. 

 

“Dia memang berbakat dooh. Watak jahat menjadi, watak gila menjadi, watak OKU menjadi, watak baik pun menjadi,” kongsinya. 

 

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan itu selain turut memuji watak Izzue sebagai Zakwan dalam drama ‘Bahagia Yang Tertangguh’. 

 

“Izzue memang berbakat awal-awal berlakon dah menang FFM pelakon harapan terbaik. Cuma dia jarang-jarang berlakon sama macam Nad, dalam setahun beberapa drama.

 

“Hahahah baran aku tengok DekWan dengan Kak Jue Allahu.

 

“Paling menjadi watak jantan red flag. Memang win la,” komen beberapa netizen. 

 

Untuk info, Izzue bergandingan dengan Nad Zainal dalam drama Bahagia Yang Tertangguh yang disiarkan di Astro Ria pada pukul 10 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement