Skip to main content

Hiburan

“Lakukan Apa Yang Paling Membahagiakan Diri Anda, Bukan Apa Yang…” - Aina Abdul

Menerusi hantaran di Threads, Aina mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadikan perjalanan panjangnya di pentas berprestij itu sebagai satu pengalaman yang penuh bermakna.

Sekilas

  • Aina Abdul bersyukur dapat membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) selama tujuh tahun berturut-turut.
  • Dia menganggap AJL sebagai platform penting untuk berkarya sepenuh hati dan menyampaikan visi seni kepada penonton.
  • Aina menasihati orang ramai supaya berani melakukan apa yang membahagiakan diri sendiri tanpa terlalu memikirkan pandangan orang lain.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul meluahkan rasa syukur selepas tujuh tahun dapat membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menerusi hantaran di Threads, Aina mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadikan perjalanan panjangnya di pentas berprestij itu sebagai satu pengalaman yang penuh bermakna.

Advertisement

Menurut Aina, pentas AJL menjadi ruang untuk dirinya berkarya sepenuh hati serta mengetengahkan visi dan identiti seni yang ingin disampaikan kepada khalayak.

“Assalamualaikum semua. Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadikan tujuh tahun saya di AJL penuh dengan keberkatan.

“Di pentas inilah Aina dapat berkarya sepenuh hati. Sama ada karya Aina diterima ataupun tidak, sekurang-kurangnya Aina dapat berkongsi visi dan seni Aina.

“Aina puas,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aina turut menitipkan pesanan supaya setiap individu berani melakukan perkara yang benar-benar membahagiakan diri sendiri tanpa terlalu memikirkan pandangan orang lain.

Katanya, seseorang perlu berpegang teguh dengan pilihan dan karya yang diyakini selagi perkara tersebut memberikan kepuasan kepada diri.

“Lakukan apa yang paling membahagiakan diri anda, bukan apa yang orang lain fikir anda patut lakukan. Dan berpegang teguhlah dengan pilihan itu!” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis menzahirkan ucapan tahniah malah memberi kata-kata semangat buat pelantun lagu Berjauh-an itu.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement