Skip to main content

Hiburan

Lalui Fasa Sukar, Julia Farhana Syukur Keadaan Mental Stabil - “Nak Kata Saya Depresi Itu Tidaklah…”

Julia Farhana Marin

Sekilas

  • Pelakon Julia Farhana Marin mengakui dia tidak mengalami depresi walaupun sedang melalui fasa sukar dalam hidupnya.
  • Julia menganggap perasaan sedih itu normal apabila menghadapi perubahan besar, termasuk hidup sendirian selepas tujuh bulan berpisah dengan suaminya.
  • Dia kini dalam proses memfailkan perceraian dan memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut tentang rumah tangganya bagi mengelak salah faham.
Advertisement

Melalui fasa yang sukar dalam kehidupan, pelakon Julia Farhana Marin bagaimanapun meluahkan rasa syukur dia tidak mengalami masalah depresi atau kemurungan. 

Advertisement

Julia berkata dirinya berada dalam keadaan baik dan menganggap perasaan sedih sebagai sesuatu yang normal bagi seseorang yang sedang melalui perubahan besar dalam kehidupan.

“Alhamdulillah saya okey, saya tidak depresi. Perasaan sedih itu normal, saya rasa setiap manusia yang melalui sesuatu yang sangat mengejutkan akan lalui proses di mana dia kena hadam apa yang berlaku.

“Daripada hidup berdua, sekarang saya hidup seorang dan saya sudah sendirian selama tujuh bulan yang lalu. 

Advertisement

“Banyak benda saya kena fikir seorang diri daripada masalah perkahwinan, kerjaya sehinggalah hidup saya. Saya sedih sebab saya manusia biasa. 

“Apa yang saya lalui sudah tentu ada perasaan sedih, tetapi kalau nak kata saya depresi itu tidaklah,” katanya kepada Gempak. 

Terdahulu, Julia mendedahkan dia sudah tujuh bulan tidak bertemu dengan suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz dan kini dalam proses untuk memfailkan perceraian. 

Bagaimanapun Julia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai rumah tangganya kerana bimbang akan menimbulkan salah faham atau masalah lain. 

Anda mungkin berminat dengan

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Must Watch Video

Advertisement