Skip to main content

Selebriti

Lalui Fasa Sukar, Syida Melvin Sebak, Syukur Keluarga Jadi ‘Support’ Sistem Paling Kuat - “Tak Semua Orang Ada Kekuatan Untuk…”

Syida Melvin sebak

Sekilas

  • Syida Melvin bersyukur kerana mendapat sokongan kuat daripada keluarga terutama adik-beradik dan ibu bapanya ketika melalui fasa perceraian dan membesarkan tiga anak.
  • Syida berkongsi bahawa adik-beradiknya adalah orang pertama yang mengetahui masalah rumah tangganya sebelum ibu bapanya, menjadikan mereka sebagai sistem sokongan utama.
  • Prosiding lafaz cerai Syida dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, yang berkahwin sejak 2019, masih berjalan dan ditangguhkan sehingga 12 Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin menyatakan rasa syukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang kuat daripada ahli keluarganya.

Menurut atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, keputusan untuk melalui fasa perceraian bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun sokongan daripada adik-beradik serta ibu bapanya menjadi sumber kekuatan untuk dirinya terus tabah, terutama dalam membesarkan tiga cahaya mata.

Advertisement

“Alhamdulillah sebab sebenarnya bukan senang untuk buat keputusan itu. Tak semua orang ada kekuatan untuk ambil langkah memfailkan penceraian ataupun menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anak. Tapi saya ada sistem sokongan yang kuat,” katanya

Syida berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.

Dalam pada itu, Syida juga tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata kerana terharu dikurniakan keluarga yang sentiasa memahami serta menjadi kekuatan utamanya sepanjang melalui fasa sukar itu.

“Saya menangis sebab terharu, sebab ada adik-beradik, ada mak ayah yang faham.

“Ramai orang DM saya dan cakap mereka pun berada dalam situasi yang sama seperti saya. Tapi mereka kata mereka tidak ada support system yang kuat macam saya.

“Ada yang bertanya macam mana saya boleh dapat kekuatan untuk bercerai dan hadapi perkara-perkara macam ini. Kalau saya berada di tempat mereka, memang bukan senang untuk buat keputusan,” jelasnya.

Malah, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga mendedahkan bahawa adik-beradiknya merupakan individu pertama yang mengetahui mengenai masalah rumah tangganya sebelum dia berkongsi perkara tersebut dengan ibu bapanya.

“Adik-beradik dulu, baru mak ayah. Sebab adik-beradik dah macam kawan saya juga.

“Kawan memang ada, tapi bukan yang rapat sampai boleh kongsi setiap perkara yang berlaku setiap hari,” ujarnya.

Pada Khamis, peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah memaklumkan prosiding lafaz cerai ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.

Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Must Watch Video

Advertisement