Skip to main content

Hiburan

Lama 'Hilang' Di Threads Selepas Cerai Dengan Uqasha Senrose, Peminat Hiba Lihat Video Kamal Adli Termenung Di IG Syafiq Kyle

dvjdvijdi

Sekilas

  • Selepas penceraian dengan Uqasha Senrose, Kamal Adli dilihat kurang aktif di platform media sosial Threads.
  • Seorang peminat berkongsi video Kamal sedang berbual di telefon, yang mengundang reaksi simpati dan doa daripada netizen.
  • Kamal dan Uqasha bercerai pada 12 Januari 2026 selepas berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Selepas penceraian dengan pelakon Uqasha Senrose, pelakon Kamal Adli dilihat semakin senyap di platform media sosial Threads, 

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang peminat meluahkan perasaan hiba apabila menyedari Kamal sudah lama tidak aktif membuat hantaran seperti sebelum ini.

Lebih menyentuh perasaan, peminat turut berkongsi semula satu video yang dimuat naik oleh pelakon Syafiq Kyle di Instagram Story, memaparkan Kamal sedang duduk sambil berbual melalui telefon bimbitnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi simpati daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.

dfvdfdfv

“Walaupun tak tahu sebenarnya ketua tengah sedih atau tengah borak pasal kerja, tapi disebabkan ketua @kamaladli dah lama hilang dalam Threads, jadi terasa sedih tengok status ini.

“Saya harap ketua terus dipermudahkan, sabar, reda dan ikhlaskan segala apa yang berlaku.

“Saya doakan semoga ketua berjaya mencipta kebahagiaan dengan Hawra dan memperoleh kejayaan serta kekayaan dunia akhirat.

“Insya-Allah setiap kesakitan itu Allah sudah janjikan hadiah yang terbaik selepas berjaya melaluinya,” tulis pengguna tersebut.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Sumber: Threads

 

Must-Watch Video

Advertisement