Skip to main content

Hiburan

Lama Simpan! Akhirnya Tabby & Angel Kongsi Momen Perkahwinan Sabronzo Di Bali

tabby

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by ANGEL (@bbyqngel)


Ahli kumpulan Dolla, Tabby dan Angel menitipkan ucapan istimewa buat rakan sekumpulan, Sabronzo yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Ryan Fieret.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tabby dan Angel memuat naik beberapa keping foto kenangan mereka ketika berada di Bali sempena majlis perkahwinan Sabronzo baru-baru ini.

Advertisement

Foto berkenaan memperlihatkan momen indah mereka bersama pasangan pengantin. 

Menerusi kapsyen, Tabby meluahkan rasa gembira melihat sahabat baiknya kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan rumah tangga.
 

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Tabby Lam (@tabbybabyyy)

“Saya sangat gembira untuk awak, wahai ‘sister’ Sabronzo Bali akan jadi antara memori terindah buat saya.

 

“Salah seorang daripada kami kini sudah ‘terikat’ seumur hidup! Bukanlah sebelum ini dia tidak ‘terikat’, sebab dia sebenarnya juga sudah ‘berkahwin’ dengan Dolla! Hahaha gurau je. 

“Sayang awak sangat-sangat. Kawan yang hebat, kenangan yang gila!” tulisnya.

 

Sementara itu, Angel pula tidak dapat menahan sebak apabila turut berkongsi rakaman dirinya yang hampir menitiskan air mata ketika majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak melepaskan peluang meninggalkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut/

Antaranya ada yang berseloroh mengatakan peluang mereka masih terbuka selagi Tabby dan Angel belum mendirikan rumah tangga.

“Lama korang simpan eh.

“Selagi Tabby dan Angel belum kahwin, kami ada peluang.

“Cantiknya Tabby, congrats Sab!,” komen beberapa netizen.
 

Sebelum ini, teka-teki akhirnya terjawab apabila anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ryan Fieret.

Perkara itu dikongsi sendiri penyanyi berusia 30 tahun itu atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli menerusi Instagram dengan memuat naik beberapa keping foto perkahwinan.

Must-Watch Video

Advertisement