Skip to main content

Hiburan

Lama Simpan Rahsia, Amira Othman Diraikan Teman Rapat Dalam Parti Bujang

amira

Perkongsian video dimuat naik rakan baik penyanyi Amira Othman iaitu Nellysa Aina memaparkan majlis kejutan parti bujang untuk bakal pengantin itu mencuri tumpuan ramai. 

Menerusi video tersebut, Amira, 31, diraikan dalam sebuah bilik yang dihias dengan tema warna biru bersama rakan-rakan rapatnya.

Advertisement

 

@nellysa.ainaa Lama kene simpan rahsia ni🥹 You’re going to be the prettiest bride, @Amira Othman ♬ original sound - Nellysa.AINAA

Amira kelihatan gembira ketika memegang sebiji kek sambil memakai selempang ‘Getting Hitched’ sebagai simbolik status dirinya bakal menamatkan zaman bujang.

 

“Lama simpan rahsia ni, you’re going to be the prettiest bride,” tulis Nellysa pada kapsyen hantaran tersebut.

Sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan pelakon popular, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila dia dan Amira mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September depan.

Tarikh istimewa itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang bakal genap berusia 35 tahun.
 

Untuk rekod, Fattah membuat kejutan dengan melamar Amira pada sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.

Must-Watch Video