Skip to main content

Selebriti

Lama Tak Aktif Di Threads, Dr Fie Respons - “Saya Akan Kembali Dengan Penulisan Yang Lebih Baik”

AstroGempak dr fie

Sekilas

  • Dr Fie Tawfik, bekas isteri penyanyi Nubhan, kini kurang aktif di media sosial Threads tetapi berjanji akan kembali dengan penulisan yang lebih bermakna.
  • Dr Fie memilih untuk tidak terlalu mengekspresikan diri buat masa ini dan menyatakan dia suka menulis apabila berdepan dengan emosi yang banyak.
  • Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz talak Nubhan terhadap Dr Fie adalah sah, mengesahkan perpisahan mereka selepas berkahwin sejak 2015 dan dikurniakan tiga anak.

Personaliti media sosial yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfik kini kelihatan sedikit tidak aktif di platform media sosialnya iaitu Threads.

Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan pengikutnya tertanya-tanya mengenai kondisi Dr Fie itu sendiri.

Bagaimanapun ketika ditemui Gempak dalam satu acara pelancaran Peranti Kecantikan Ulike baru-baru ini, Dr Fie kelihatan semakin berseri.

Kata Dr Fie, buat masa ini dia memilih untuk tidak terlalu mengekspresikan dirinya seperti sebelum ini.

Namun, Dr Fie menjelaskan, dia akan kembali aktif di media sosial dengan penulisan yang lebih baik.

“Sekarang bila saya overwhelmed dengan banyak emosi dalam diri sendiri, saya memang suka sangat nak menulis.

“Jadi saya akan kembali dengan Threads, sosial media dengan penulisan yang lebih baik dan juga cerita-cerita yang lebih menarik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Fie juga turut menitipkan ucapan selamat berpuasa kepada seluruh masyarakat.

“Saya ingin mengucapkan salam Ramadan dan selamat berpuasa bagi semua umat Islam,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement