Skip to main content

Hiburan

Lando Zawawi Mohon Doa, Amir Raja Lawak Alami Jangkitan...

Lando Zawawi Mohon Doa, Amir Raja Lawak Alami Jangkitan...

Sekilas

  • Pelakon Lando Zawawi memohon orang ramai mendoakan kesembuhan pelawak Amir Raja Lawak yang kini menunggu giliran di ICU akibat jangkitan paru-paru.
  • Amir mempunyai sejarah asma sejak kecil dan sedang menjalani rawatan lanjut untuk penyakitnya.
  • Lando juga mengingatkan pihak yang berhutang dengan Amir supaya menyelesaikan urusan atau memohon maaf kepadanya.
Advertisement

Pelakon Lando Zawawi memohon orang ramai mendoakan kesembuhan sahabatnya, pelawak Amir Raja Lawak yang mengalami jangkitan paru-paru dan sedang menunggu giliran di unit rawatan rapi (ICU) untuk proses rawatan seterusnya.

Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, 51, berkata, dia mendapat keizinan ibu Amir, Puan Nizan sebelum berkongsi keadaan pelawak tersebut.

 

 “Saya baru sahaja mendapat keizinan daripada ibu Amir, Puan Nizan, untuk memohon sanak saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita, Mohammad Amirullah bin Azmi, sama-sama mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.

“Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya. Maaf, tak sanggup cakap,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Menurut Lando, Amir turut mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.

“Pada asasnya beliau kena jangkitan paru-paru. Asma memang dari kecil.

“Semoga Allah masih beri peluang kita bersamanya,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Lando turut menitipkan pesanan kepada pihak yang masih mempunyai hutang dengan Amir supaya menyelesaikan urusan berkenaan atau memohon maaf.

“Sekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia. Eloklah selesaikan atau mohon maaf pada dia. Amin,” tulisnya.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement