Skip to main content

Hiburan

Lapan Tahun Simon Cowell Tak Sentuh Telefon, Akui Hidup Lebih...

Astrogempak Simon Cowell
Advertisement

Personaliti televisyen terkenal, Simon Cowell dilaporkan sudah tidak menggunakan telefon pintar sejak lapan tahun lalu kerana mahu mengurangkan gangguan dan memberi lebih tumpuan kepada kehidupan seharian.

Perkara itu didedahkan oleh tunangnya, Lauren Silverman ketika muncul dalam program televisyen This Morning baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Lauren, Simon sebenarnya sudah lama mendahului trend apabila mengambil keputusan meninggalkan telefon bimbit demi kesejahteraan mental dan emosi.

“Simon sebenarnya sudah mendahului semua orang dalam perkara ini. Perubahan positif yang berlaku kepadanya selepas meninggalkan telefon memang luar biasa,” katanya.

Lauren berkata, keputusan itu membantu Simon mengurangkan pelbagai gangguan seperti notifikasi berterusan, mesej dan tekanan untuk sentiasa berada dalam talian.

“Ia menghilangkan rasa terganggu dan tarikan untuk sentiasa memeriksa telefon. Dengan tidak menggunakannya, semua gangguan itu hilang dan kesannya sangat positif,” ujarnya.

Dalam temu bual sama, Lauren turut mendedahkan bahawa anak mereka yang berusia 12 tahun, Eric, tidak dibenarkan menggunakan media sosial.

Sebaliknya, Eric hanya memiliki telefon yang sangat terhad fungsinya.

“Dia ada telefon, tetapi ia seperti telefon asas. Dia hanya boleh menghantar mesej dan menggunakan WhatsApp. Tiada media sosial atau aplikasi lain,” jelasnya.

Menurut Lauren, anak mereka juga sedar tentang bahaya ketagihan skrin dan penggunaan platform digital tanpa kawalan.

Sebelum ini, Simon pernah mendedahkan bahawa dia berasa lebih fokus dan lebih menghargai orang di sekeliling selepas berhenti menggunakan telefon bimbit.

Dalam satu temu bual terdahulu, Simon mengakui dia sememangnya tidak menggemari telefon pintar.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement