Skip to main content

Acara

Larian KM ERA Tarik Hampir 1,200 Peserta, Laluan Bentuk 'ERA' Di Strava Curi Perhatian

ASTRO GEMPAK era run

Sekilas

  • KM ERA berjaya menghimpunkan hampir 1,200 peserta dalam acara larian malam sejauh lima kilometer di Dataran Putrajaya.
  • Laluan larian direka khas sehingga membentuk perkataan "ERA" dalam aplikasi Strava, memberikan pengalaman unik kepada peserta.
  • Acara ini mendapat kerjasama komuniti Geng Lukis Malam dan menunjukkan sokongan kuat daripada komuniti pendengar ERA.
Advertisement

Stesen radio ERA terus membuktikan kekuatan komuniti pendengarnya apabila acara larian malam KM ERA berjaya menghimpunkan hampir 1,200 peserta di Dataran Putrajaya, baru-baru ini.

Berlangsung sejauh lima kilometer, acara itu bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, malah tampil dengan konsep unik apabila peserta perlu mengikuti laluan khas yang direka sehingga membentuk perkataan "ERA" apabila direkodkan menerusi aplikasi Strava.

Advertisement

Walaupun dianjurkan pada hari bekerja dan bermula sekitar jam 8.30 malam, sambutan yang diterima jauh melebihi jangkaan pihak penganjur.

Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin berkata, penyertaan luar biasa itu membuktikan sokongan kukuh komuniti pendengar terhadap setiap aktiviti yang dianjurkan stesen radio berkenaan.

"Kami amat teruja dan bersyukur melihat hampir 1,200 peserta hadir untuk menyertai KM ERA. Sejujurnya, kami tidak menyangka acara yang berlangsung pada hari bekerja dan bermula pada waktu malam ini mampu menarik penyertaan yang begitu ramai. Sambutan luar biasa ini membuktikan komuniti ERA sentiasa memberikan sokongan yang luar biasa terhadap aktiviti yang kami anjurkan," katanya.

Menurut Azah, antara tarikan utama KM ERA ialah pengalaman berbeza yang ditawarkan kepada peserta apabila laluan larian direka khas sehingga menghasilkan perkataan "ERA" di aplikasi Strava.

"Salah satu matlamat utama kami adalah untuk memberikan pengalaman yang berbeza kepada para peserta. Laluan khas yang direka sehingga membentuk perkataan 'ERA' dalam aplikasi Strava ternyata berjaya mencetuskan keterujaan dan memberikan cabaran yang menyeronokkan sepanjang larian berlangsung. Kami gembira melihat ramai peserta berkongsi pencapaian mereka di media sosial," katanya.

Penganjuran KM ERA turut mendapat kerjasama komuniti Geng Lukis Malam, sekali gus menyemarakkan lagi suasana acara yang menghimpunkan pencinta aktiviti luar dan seni kreatif dalam satu platform.

Azah berkata, kerjasama itu membuktikan bahawa gabungan pelbagai komuniti mampu menghasilkan pengalaman yang lebih bermakna kepada masyarakat.

"Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Geng Lukis Malam atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Kolaborasi ini membuktikan bahawa apabila komuniti berganding bahu, kita mampu mencipta pengalaman yang lebih bermakna dan memberi impak positif kepada masyarakat," katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua peserta, sukarelawan dan rakan kerjasama yang menjayakan acara itu, selain menyifatkan sambutan diterima sebagai pemangkin untuk ERA terus menganjurkan lebih banyak aktiviti yang mendekatkan stesen radio berkenaan dengan komuniti pada masa akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

adidas Football Spain 26 Tiro Training Jersey Men Blue KA8193

adidas Football Spain 26 Tiro Training Jersey Men Blue KA8193

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

Football Japan 26 Home Shorts Men White JN1868

Football Japan 26 Home Shorts Men White JN1868

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

Must Watch Video

Advertisement