Skip to main content

Drama

Layan Bidaah, Taxi Driver 2, Anggun Mikayla Percuma Sepanjang Ramadan Raya... Ini Cara-Caranya!

Astro Gempak viu

Sekilas

  • Viu menawarkan akses percuma kepada pelbagai drama popular tempatan dan antarabangsa sepanjang musim Ramadan dan Aidilfitri menerusi kempen Viu Together Gather.
  • Drama tempatan seperti Jendela Hati, Anggun Mikayla, dan Bidaah serta drama Korea terkenal seperti Descendants of the Sun dan True Beauty boleh ditonton tanpa bayaran.
  • Penonton boleh menikmati drama ini melalui laman web rasmi Viu atau aplikasi Viu yang tersedia di pelbagai platform termasuk App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih.

Berita baik untuk peminat drama. Sepanjang musim Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, platform penstriman Viu tampil dengan kempen istimewa Viu Together Gather yang membolehkan penonton menikmati pelbagai drama popular secara percuma.

Kempen khas ini menawarkan akses percuma kepada beberapa judul drama tempatan dan antarabangsa yang menjadi pilihan ramai penonton.

Antara drama tempatan yang boleh ditonton termasuk Jendela Hati, Anggun Mikayla, serta drama yang hangat diperkatakan, Bidaah.

Kisah Bidaah misalnya mengikuti perjalanan Baiduri dan Hambali yang mula meragui ajaran kumpulan Jihad Ummah sebelum nekad membongkar kebenaran demi menyelamatkan keluarga mereka.

Bukan setakat drama tempatan, Viu turut membuka akses percuma kepada beberapa drama popular Asia yang pernah mencetuskan fenomena global.

Antaranya termasuk drama Korea terkenal Descendants of the Sun yang menggabungkan kisah percintaan antara kapten pasukan khas dan seorang pakar bedah ketika berdepan krisis kemanusiaan.

Selain itu, peminat juga boleh menikmati drama romantik popular True Beauty, yang diadaptasi daripada webtoon terkenal dan mengangkat kisah keyakinan diri serta cinta remaja yang penuh warna.

Untuk peminat kisah romantik, beberapa judul menarik turut ditawarkan seperti Fireworks of My Heart, Love’s Ambition dan Love Between Lines.

Bagi yang gemarkan genre aksi dan thriller pula, drama seperti Taxi Driver 2, Perfect Family dan Bloody Flower turut tersedia untuk ditonton sepanjang kempen ini.

Menurut pihak Viu, kempen ini diadakan bagi memberikan lebih banyak pilihan hiburan kepada penonton sepanjang musim perayaan, selain menggalakkan pengalaman menonton bersama keluarga dan rakan.

Penonton boleh menonton drama-drama tersebut secara percuma melalui laman web rasmi Viu atau aplikasi Viu yang boleh dimuat turun di App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta beberapa TV pintar terpilih.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement