Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Layanan Bella Astillah Di Kenduri Rakyat Buat Tetamu Tersentuh - “Seumur Hidup Saya Tak Pernah Beria Macam Ini Dengan Artis, Tetapi Dia Istimewa…”

Layanan Bella Astillah Di Kenduri Rakyat Buat Tetamu Tersentuh - “Seumur Hidup Saya Tak Pernah Beria Macam Ini Dengan Artis, Tetapi Dia Istimewa…”

Sekilas

  • Bella Astillah mencuri perhatian dengan layanan mesra terhadap seorang tetamu di majlis Kenduri Rakyat di Muar, Johor.
  • Majlis tersebut dihadiri lebih 10,000 tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
  • Pasangan BASS yang baru berkahwin itu akan mengadakan majlis seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.
Advertisement

Layanan mesra penyanyi dan pelakon Bella Astillah terhadap seorang tetamu pada majlis Kenduri Rakyat bersama suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar, Johor mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan memuat naik video memaparkan Bella mengambil telefonnya sebelum merakam momen bersama.

Advertisement

Menurut individu tersebut, dia pada awalnya sekadar meluahkan keinginan untuk bergambar dengan Bella tanpa menyangka kata-katanya didengari penyanyi itu.

“Saya tersekat di situ, dengan nada sedih bermonolog sendiri, ‘Nak ambil gambar dengan Bella’.
“Tak sangka dia dengar. Terus dia ambil telefon saya dan rakam,” tulisnya.

Tersentuh dengan layanan tersebut, individu berkenaan menyifatkan Bella sebagai seorang yang baik hati dan lemah lembut.

Advertisement

Katanya, pengalaman itu cukup istimewa kerana dia tidak pernah begitu bersungguh-sungguh mahu mendekati seseorang artis sebelum ini.

“Seumur hidup saya, tak pernah beria macam ini dengan artis. Tetapi dia istimewa.

“Sangat kuat, sentiasa lembut, sangat baik, tidak sombong,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, tetamu tersebut turut menitipkan doa agar Bella sentiasa berada dalam peliharaan Allah.

Untuk rekod, majlis Kenduri Rakyat Bella dan Syed Saddiq di Muar pada 25 Oktober lalu menerima kehadiran lebih 10,000 tetamu.

Selain penduduk setempat, majlis tersebut turut dihadiri pengunjung dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.

Selepas diraikan dalam resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Muar, pasangan itu dijadualkan mengadakan majlis seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement