Sekilas
- Video tular menunjukkan Sharifah Mahani, ibu Syed Saddiq, melayan cucunya, Ara, dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
- Sharifah Mahani bukan sahaja mengikat rambut Ara, malah bermain dan memeluk cucunya, menarik perhatian netizen di media sosial.
- Syed Saddiq dan Bella Astillah berkahwin pada 10 Oktober lalu dengan mas kahwin RM500, dan netizen bersyukur Bella mendapat mentua yang baik hati.
Netizen meluahkan rasa terharu melihat layanan ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz terhadap menantunya, Bella Astillah serta cucunya.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, seorang pengguna Threads berkongsi momen manis memaparkan gelagat Sharifah Mahani sedang mengikat rambut cucunya, Ara.
Tindakan kecil itu ternyata menyentuh hati netizen apabila ibu Syed Saddiq dilihat melayan cucunya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Tidak hanya mengikat rambut, Sharifah Mahani atau lebih mesra dengan panggilan mama juga kemudiannya melayan Ara dengan bermain ‘sep sep tom tom’ sebelum kembali memeluk anak kecil itu.
“Ala mama tipu lah. Kata nak meratu kan Bella. Tapi tengok ni. Dengan Ara sekali mama ratukan.
“Mama dan abuya, kalian berdua betul-betul kiriman yang baik dari Allah untuk Bella Astillah dan anak-anak,” tulis pengguna Threads berkenaan.

Hantaran itu kemudiannya turut dibanjiri dengan komen-komen positif dan rata-ratanya bersyukur kerana Bella dikurniakan mentua yang baik hati.
Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.