Skip to main content

Berita Tempatan

Layla Sania Pertaruh Lagu Mandarin Pertama, Bergandingan Dengan Brendon7an

ASTRO GEMPAK layla

Sekilas

  • Layla Sania lancar single Mandarin pertama sebagai artis bebas berjudul 她有你真幸福 (Blessed To Have You) hasil kolaborasi dengan Brendon7an.
  • Lagu Mandopop balada ini mengangkat tema penerimaan dan kedamaian selepas putus cinta, berbeza daripada lagu patah hati biasa yang penuh penyesalan.
  • Muzik video rasmi arahan John Chion menampilkan visual sinematik yang menekankan kenangan, penyembuhan emosi, dan belajar melepaskan dengan hati terbuka.

Penyanyi dan pelakon, Layla Sania membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya apabila tampil dengan single Mandarin berjudul 她有你真幸福 (Blessed To Have You).

Lebih istimewa, lagu bergenre Mandopop balada itu menjadi karya rasmi pertama Layla selepas bergerak sebagai artis bebas, selain menyaksikannya bergandingan dengan penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik, Brendon7an.

Berbeza daripada kebanyakan lagu putus cinta yang sering berkisar tentang penyesalan atau kemarahan, 她有你真幸福 (Blessed To Have You) mengetengahkan sisi yang lebih matang apabila mengisahkan seseorang yang memilih menerima hakikat bahawa insan yang pernah dicintai kini bahagia bersama orang lain.

Menurut Layla, mesej yang dibawa lagu tersebut antara faktor utama yang membuatkan dia tertarik untuk menjayakannya.

"Apa yang menarik minat saya terhadap lagu ini ialah ia tidak menggambarkan patah hati sebagai sesuatu yang penuh kemarahan atau penyesalan.

"Kadangkala perkara paling sukar adalah menerima bahawa seseorang yang pernah kita sayangi kini lebih bahagia bersama orang lain," katanya.

Brendon7an pula berkata, lagu itu dihasilkan sebagai simbol mencari kedamaian selepas melalui fasa kehilangan.

"Kami mahu menghasilkan sebuah lagu yang mengakui kewujudan rasa kecewa dan patah hati, tetapi pada masa yang sama masih memberi ruang untuk rasa syukur dan kebaikan hati.

"Lagu ini adalah tentang mencari ketenangan, bukannya terus berpaut kepada kesakitan," katanya.

Lagu berdurasi empat minit 39 saat itu merupakan hasil ciptaan Jinx Chin, Mingaling dan Brendon7an, yang turut menggabungkan elemen balada Mandarin dengan sentuhan R&B moden.

Pelancaran single berkenaan turut disertakan dengan muzik video rasmi arahan pengarah video muzik, John Chion atau lebih dikenali sebagai "Master of Light", yang pernah menghasilkan visual untuk pelbagai artis tempatan.

Menerusi visual sinematik, muzik video itu mengangkat tema kenangan, penyembuhan emosi dan penerimaan, selari dengan mesej utama lagu yang menekankan bahawa cinta bukan semestinya tentang memiliki, tetapi juga tentang belajar melepaskan dengan hati yang terbuka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement