Skip to main content

Berita Tempatan

"At Least Saya Dapat Jadi Penyanyi" - Apau Qhaliff Tak Kisah Dilabel ‘Mat Rempit’, Viral Dengan Single 'Cinta Mati'

Astro Gempak apau

Sekilas

  • Apau Qhaliff menegaskan minatnya terhadap motosikal hanyalah hobi dan tidak berniat menggalakkan aktiviti rempit dalam kalangan anak muda.
  • Beliau menjelaskan muzik video lagu Cinta Mati membawa mesej bahaya aktiviti memandu motosikal secara berbahaya dan diinspirasikan daripada kisah hidupnya sendiri.
  • Apau juga menangkis kritikan netizen mengenai imej dan suara nyanyiannya serta menegaskan dia berbeza dengan personaliti media sosial lain seperti Haqiem Stopa.

Penyanyi baharu Apau Qhaliff mengakui tidak ambil pusing kecaman netizen yang melabel dirinya sebagai ‘mat rempit’ susulan imej dan kandungan media sosial yang sering dikaitkan dengan dunia permotoran.

Menurut Apau atau nama sebenarnya Muhammad Qhaliff, minat terhadap motosikal hanyalah sekadar hobi dan tidak pernah berniat menggalakkan aktiviti rempit dalam kalangan anak muda.

“Motor ni sekadar hobi je. Lepas tu dapat rezeki ni kita ambil je,” katanya kepada media.

Malah penyanyi lagu Cinta Mati itu menjelaskan imej dirinya sering disalah tafsir netizen hanya kerana cara berpakaian dan penampilan.

“Nak cakap mat rempit tak adalah macam mat rempit sangat.

“Mungkin orang cop mat rempit sebab daripada segi pakaian. Main motor pun tak adalah macam betul-betul berlumba macam budak-budak merempit lain,” ujarnya.

Mengulas kecaman terhadap muzik video dan konsep lagunya yang didakwa mempromosikan budaya rempit, Apau menegaskan kandungan tersebut sebenarnya membawa mesej berbeza.

“Dalam video tu kita tak ada pun galakkan orang main motor semua.

“Kita cuma nak bagi pelajaran dan tunjuk yang main motor ni bahaya,” katanya.

Menurutnya lagi, lagu tersebut turut diinspirasikan daripada kisah hidup dan realiti dirinya sendiri.

“Saya nak ceritakan pasal diri saya dalam MV tu. Kira relate dengan keadaan sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Apau turut membalas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya cuba meniru personaliti media sosial Haqiem Stopa.

“Haqiem Stopa dengan diri dia, saya dengan diri saya.

“Dia mungkin main motor je. Saya boleh nyanyi, boleh main motor. Dua-dua saya boleh,” katanya.

Tidak hanya itu, Apau juga menjawab kritikan netizen yang mendakwa suaranya tidak sedap dan tidak layak bergelar penyanyi.

“Kalau suara tak sedap korang dengar dulu. Jangan terus nilai orang.

“Lepas tu kalau suara saya tak sedap pun, at least saya dapat jadi penyanyi. Title penyanyi tu korang ada?” katanya berseloroh.

Sehingga kini, muzik video Cinta Mati nyanyian Apay Qhaliff mencecah tontonan hampir 300,000 sejak dilancarkan pada 22 Mei lalu.

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Forest Seluar Dalam Lelaki | (3 Pcs) Forest Men Boxer 100% Cotton Underwear Assorted Colours - FUD0035X

Forest Seluar Dalam Lelaki | (3 Pcs) Forest Men Boxer 100% Cotton Underwear Assorted Colours - FUD0035X

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

4 Pcs Set Seluar Dalam Lelaki Seluar Boxer Lelaki, Bahan Sutera Ais, Saiz L-6XL, Rekaan Jaringan Sukan Spandeks

4 Pcs Set Seluar Dalam Lelaki Seluar Boxer Lelaki, Bahan Sutera Ais, Saiz L-6XL, Rekaan Jaringan Sukan Spandeks

[2026] 🔥GENGLEJEN🔥 G RACING V1 747 Tayar Motor Tubeless 80/90-17 /70/90-17 Bunga Diamond Bunga TT

[2026] 🔥GENGLEJEN🔥 G RACING V1 747 Tayar Motor Tubeless 80/90-17 /70/90-17 Bunga Diamond Bunga TT

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement