Skip to main content

Berita Tempatan

Lebih 500 Peluang Kerja Dibuka Di Pahang, Khai Bahar Titip Pesanan Buat Pencari Kerja - "Nasihat Saya Agar..."

Lebih 500 Peluang Kerja Dibuka Di Pahang, Khai Bahar Titip Pesanan Buat Pencari Kerja - "Nasihat Saya Agar..."

Sekilas

  • Khai Bahar dan Haqiem Rusli akan menghiburkan pengunjung di mini konsert sempena Karnival Kerjaya Pahang 1st pada 26 September di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan.
  • Karnival ini menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan melalui sesi temu duga terbuka serta pelbagai aktiviti percuma seperti Fun Run, Netball 3 On 3, e-Sport dan Supa Dupa Kanak-Kanak.
  • Khai Bahar menasihatkan pencari kerja supaya membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih peluang kerjaya demi masa depan yang lebih baik.
Advertisement

Penyanyi popular Khai Bahar dan Haqiem Rusli bakal menghiburkan pengunjung menerusi mini konsert sempena Karnival Kerjaya Pahang 1st yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan pada 26 September ini.

Namun, bukan hiburan semata-mata yang menjadi tumpuan apabila karnival berkenaan turut menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan menerusi sesi temu duga terbuka buat mereka yang sedang mencari peluang baharu dalam kerjaya.

Advertisement

Bagi Khai, penganjuran karnival kerjaya seperti itu merupakan satu usaha yang baik dalam membantu masyarakat mendapatkan pendedahan serta ilmu berkaitan dunia pekerjaan.

“Karnival kerjaya merupakan satu usaha murni kerajaan Pahang dalam membantu rakyat Malaysia dengan cara memberi pendedahan dan ilmu dalam mengejar kerjaya yang diimpikan oleh seseorang.

“Pelbagai ruang kerjaya untuk rakyat Pahang bertemu terus dengan majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, perhotelan, pembinaan, teknologi dan keusahawanan,” katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Bayang’ itu mengakui berbesar hati apabila diberi peluang untuk turut sama memeriahkan acara berkenaan.

“Khai berasa sangat berbesar hati diberi peluang hadir bersama-sama memeriahkan sebuah karnival yang membuka peluang lebih daripada 500 peluang pekerjaan, sambil dapat menghiburkan para tetamu yang hadir,” katanya.

Selain sesi temu duga terbuka, pengunjung turut boleh menyertai beberapa aktiviti secara percuma termasuk Fun Run, Netball 3 On 3, e-Sport dan Supa Dupa Kanak-Kanak.

Cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM20,000 turut ditawarkan dengan hadiah antaranya motosikal, televisyen pintar dan jongkong emas.

Sementara itu, Khai turut menitipkan nasihat kepada individu yang sedang mencari pekerjaan supaya tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan mempertimbangkan setiap peluang berdasarkan keadaan serta perancangan masa depan masing-masing.

“Nasihat Khai agar orang ramai dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bersesuaian dengan keadaan semasa masing-masing dalam jangka masa terdekat dan jangka masa panjang ke hadapan.

“Semoga impian semua menjadi kenyataan,” katanya.

Karnival Kerjaya Pahang 1st bukan sahaja menjadi platform mempertemukan pencari kerja dengan majikan daripada pelbagai sektor, malah menyediakan ruang untuk orang ramai beriadah dan berhibur bersama keluarga.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement