Sekilas
- Raa Suzuran tidak akan benarkan sesiapa pegang, dukung, atau cium bayinya selepas pengalaman anaknya sakit teruk dan dirawat di hospital lebih seminggu.
- Dia kongsi pengalaman menjaga anak di ICU sebagai mimpi ngeri dan tekad untuk lebih paranoid demi keselamatan anaknya.
- Raa juga mohon doa agar bayinya, Baby Rose, cepat sembuh dan dapat keluar hospital segera.
Lebih seminggu berkampung di hospital gara-gara anak sakit, pempengaruh media sosial, Raa Suzuran menegaskan dia tidak akan lagi membenarkan sesiapa untuk pegang, dukung dan cium bayinya selepas ini.
Menerusi perkongsian di Threads, adik kepada pelakon Jaa Suzuran ini berkata sosok seorang ibu juga yang akan menjaga dan menguruskan anak sekiranya sakit.
“Minta maaf cakap, kalau lepas ni aku terlebih paranoid bila soal anak. Bila aku tak bagi pegang, dukung atau apatah lagi cium. Jangan cakap aku ni itu ini itu ini.
“Sebab bila anak sakit end up siapa yang susah? Tetap juga aku ‘ibu’, bukannya orang lain,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada pelakon Zaki Azeman ini juga mengakui pengalaman menjaga anak di Unit Rawatan Rapi atau ICU merupakan mimpi ngeri buatnya.
“Cukuplah sampai disini saja episod hitam, keluar masuk ICU, dengan sedut kahak frequently. This is my worst nightmare and I don’t want it to happen again.
“Sebab aku dekat hospital ni macam-macam pengalaman orang lain aku dengar,” katanya.
Sebelum ini, Raa berkongsi keadaan bayinya mengalami batuk kahak yang teruk dan terpaksa menjalani rawatan di hospital sejak lebih seminggu lalu.
“Patah hati seorang ibu adalah bila anaknya sakit. Doakan Baby Rose cepat sihat dan discharge. Dah seminggu mummy berkampung dekat hospital. Dan saya perlu jadi kuat untuk anak perempuan saya,” katanya.
Sumber - Threads