Skip to main content

Kpop

Lee Byung-hun Dedah Pernah Hidup Bersama 27 Anjing Sewaktu Bujang

Lee Byung-hun

Aktor Lee Byung-hun mendedahkan pernah memelihara dan hidup bersama 27 ekor anjing sewaktu zaman bujangnya.

Bintang I Can’t Help It itu membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu program yang dikelola Yoo Jae-seok dan Ji Seok-jin. Turut bersama Byung hun adalah Lee Sung-min dan Yeom Hye-ran.

Advertisement

Sewaktu berbicara mengenai haiwan peliharaan, Byun hun memberitahu saat ini dirinya tidak memiliki haiwan peliharaan.

“Sekarang saya tidak memiliki haiwan peliharaan. Tapi saya pernah memiliki 27 ekor anjing yang dipelihara sewaktu bujang.

“Saya bela 27 ekor anjing sewaktu masih tinggal bersama mak saya,” akuinya sekaligus membuat rakan lain terkejut seperti dilaporkan Soompi.

Berusia 55 tahun, Byung hun yang juga cukup terkenal menerusi siri fenomena Squid Game mengaku memelihara 27 anjing adalah satu tanggungjawab yang besar dan berat.

“Kebanyakan anjing yang saya pelihara adalah dewasa dan ada juga anak anjing.

“Untuk 27 ekor anjing, saya perlu menyediakan makanan yang banyak dan sejujurnya agak suka untuk memberi makan dan membersihkan kesemuanya,” akui Byung hun.

Oleh yang demikian, Byung hun mengambil keputusan memberi anjing-anjingnya kepada pihak yang berminat untuk memelihara haiwan.

“Jadi saya berikan beberapa anjing kepada mereka yang ingin menjaga. Kini hanya ada empat ekor bersama kami,” katanya lagi.

Lee Byung-hun berkahwin dengan pelakon Lee Min-jung pada 10 Ogos 2013 di Seoul, Korea Selatan. Mereka kini memiliki dua orang cahaya mata.

Must-Watch Video

Advertisement