Skip to main content

Hiburan

Leka Cari Tempat Nak Solat, Abby Abadi Terkejut Kereta Kena Langgar Dari Belakang - “Serius Tak Sedar Sebab…”

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi mengalami kemalangan apabila keretanya dirempuh dari belakang ketika dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Kuala Lumpur.
  • Insiden berlaku ketika Abby sedang mencari tempat untuk menunaikan solat subuh di lebuh raya.
  • Pemandu yang melanggar hanya memaklumkan mahu buat tuntutan insurans sebelum meninggalkan lokasi, meninggalkan Abby dan kenderaan dalam keadaan terkapai-kapai di tengah highway.
Advertisement

Perjalanan pulang pelakon dan penyanyi Abby Abadi dari Singapura ke Kuala Lumpur bertukar detik mencemaskan apabila kenderaan dinaikinya dirempuh dari belakang ketika berada di lebuh raya.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Abby berkata insiden tersebut berlaku ketika dia sedang leka mencari tempat untuk menunaikan solat dan secara tiba-tiba keretanya dilanggar dari belakang. 

 

“Dalam perjalanan balik KL dari Singapura. Leka mencari tempat nak solat subuh, tiba-tiba ada yang langgar dari belakang! Memang terkejut sangat-sangat. 

 

“Mula-mula ingat tayar pecah. Berhenti tepi ada abang motor datang, kata ada kereta lain langgar. Tapi serius, tak sedar sebab dalam gelap,” kongsinya. 

 

Bagaimanapun, Abby meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pemandu yang melanggar kenderaannya apabila didakwa hanya memaklumkan mahu membuat tuntutan insurans sebelum meninggalkan lokasi.

 

“Pendekkan cerita, pemandu kereta yang langgar tu datang… tengok gitu gini, lepas itu dia cakap claim insurans. Nak buat macam mana lagi. Lepas itu dia ok la ya kak, dia blah! 

 

“Lah! Dah kitaorang kereta tak boleh jalan, terkapai-kapai tengah highway ni tunggu bantuan plus. Macam itu saja ek kalau dah langgar orang?” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement