Sekilas
- Penyanyi Kaka Azraff berkongsi luahan hati di Threads mengenai tanggungjawab lelaki terhadap anak-anak yang diabaikan sambil bersuka ria.
- Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang mendoakan agar Kaka terus kuat dan dipermudahkan urusan.
- Kaka pernah berkahwin dengan Adam, dikurniakan tiga anak lelaki, dan melalui beberapa kali perceraian termasuk yang terbaru pada 4 Jun lalu.
Penyanyi, Kaka Azraff menyorot perhatian selepas berkongsi luahan hati mengenai tanggungjawab seorang lelaki terhadap anak-anak.
Menerusi hantaran di Threads, Kaka dilihat seolah-olah memberi sindiran soal tanggungjawab seorang lelaki yang mengabaikan tanggunjawab terhadap anak-anak namun boleh pergi bersuka ria.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada luahan tersebut ditujukan kepada individu tertentu atau merujuk kepada pengalaman peribadinya.
“Anak kau abai, party kau sampai.
“Lelaki bodoh takde akai,” tulisnya.
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meninggalkan komen selain mendoakan agar penyanyi itu terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.
“Penceritaannya sampaiiiiiiii kak.
“Moga kakakku jumpa jodoh lebih baikkk.
“Semoga dipermudahkan 🤲🏽
“Ex hubby ke? ✨
“Deep," tulis netizen.
Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.
Pasangan berkenaan dilaporkan bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal tahun 2025 ketika masih dalam tempoh idah.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka sekali lagi berakhir dengan perceraian pada 4 Jun lalu.