Skip to main content

Hiburan

Lelaki Kecewa Nasib Tak Pernah Menyebelahi, Penat Cari Duit Kahwin Rupanya Jaga Jodoh Orang Lain - “Apa Malang…”

JIMMY

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila hidupnya seakan-akan tidak pernah berpihak kepadanya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, lelaki tersebut akui tidak pandai melawan dan terlalu baik sehingga sering dipijak-pijak serta ditipu oleh orang sekeliling.

"Aku ni jenis tak pandai nak melawan. Orang marah, aku diam je. Kalau orang salahkan aku, aku yang minta maaf walaupun aku tahu bukan salah aku. Tak tahu macam mana nak ubah diri ni, sumpah sedih.

"Kat tempat kerja kena macam ni, dengan kawan-kawan pun ada yang suka ambil kesempatan dah nasib aku agaknya kena macam ni. Kadang-kadang rasa down sangat-sangat,"katanya.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ziyad itu juga berkongsi ujian paling berat yang terpaksa dia lalui apabila teman wanitanya meninggalkannya secara tiba-tiba selepas beberapa tahun bersama.

Jelasnya, dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk menggembirakan pasangannya, namun semuanya tidak pernah cukup.

"Aku ni pagi petang siang malam kerja kumpul duit sebab nak halalkan dia, tapi dia tak pernah nampak semua usaha aku. Selalu salahkan aku, tapi sebab sayang aku diamkan aja. Nak cakap tak ada usaha untuk semua benda yang dia minta aku belikan.

"Masa awal-awal kenal aku sanggup travel jauh-jauh sebab nak dekat dengan dia tapi itulah akhirnya dia tinggalkan aku, alasan dia aku tak pernah bagi secukupnya untuk dia, sedih sangat-sangat.

"Lagi sedih bila aku dapat tahu dia pasang orang lain belakang aku, apa malang sangat nasib aku ni," tambahnya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen, dan rata-rata meminta agar dia bersabar dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa. 

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement