Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Lelaki Tunai Janji Lari 8KM Selepas Siti Nurhaliza ‘Reply’ Threads - “Aku Tak Nak Tag Artis Lagi Dah”

Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads, @lutfillehadi, berjanji untuk berjoging 8 kilometer selepas mendapat balasan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Siti Nurhaliza menaikkan cabaran dengan meminta larian dilakukan pada pukul 5.30 pagi dan disertakan video sebagai bukti.
  • Lutfil menunaikan janji tersebut dan berjanji tidak akan lagi menandai artis dalam posting berkaitan larian di media sosial.
Advertisement

Seorang pengguna Threads yang dikenali sebagai @lutfillehadi mencuri perhatian ramai apabila menunaikan janjinya untuk berlari sejauh 8 kilometer sekiranya ciapannya mendapat respon balas daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pada awalnya, Lutfil hanya berseloroh mengatakan bahawa dia akan berjoging sejauh 5 kilometer seawal jam 5.30 pagi sekiranya Siti membalas ciapannya sambil ‘tag’ akaun rasmi penyanyi tersebut..

Advertisement

“Kalau @ctdk reply post ni esok pagi aku jogging 5km pukul 5.30 pagi sambil buat video background song Kesilapanku Keegoanmu,” tulisnya.

Tanpa disangka, ciapannya itu kemudiannya mendapat respon Siti yang dilihat meningkatkan pula cabaran buat Lutfil.

“Up sikit 8km,tunjuk video okay. 5.30 pagi tau! Bukan 5.30 petang,” balasnya berseloroh.

Advertisement

Terkejut dengan respon itu, Lutfi tampil menunaikan janji malah turut menunjukkan bukti dirinya berlari dengan bangun seawal 5.30 pagi.

Dalam masa yang sama, Lutfi turut meluahkan rasa serik malah tidak lagi berani untuk melakukan posting sebegitu di media sosial.

“Okey saya dah bangun ni TokTi. Semangat lain macam pula nak pergi lari ni.

“Aku dah nekad tak nak tag artis lagi dah lagi-lagi bab running nii. Nasib Tokti tak minta 20km ke kan. Larian aku lepas ni biarlah hanya aku, strava dan Tuhan saja yang tahu,” kongsinya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Must Watch Video

Advertisement