Skip to main content

Hiburan

"Lelaki Yang Bertanggungjawab Sangat Penting Dalam Kehidupan Wanita" - Bella Astillah

Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa membuktikan rasa cinta bukan hanya melalui kata-kata, malah menerusi tindakan yang konsisten sepanjang perkenalan mereka.

Menurut Bella, apa yang membuatkan dirinya yakin adalah sikap Syed Saddiq yang jelas mengutamakan keluarga dalam setiap aspek kehidupan.

“Memang dah terbukti lama, dia bukan sahaja membuktikan dari kata-kata semata-mata tapi melalui tindakan.

“Dan saya nampak macam mana dia sentiasa mendahulukan keluarganya. Itu yang saya nampak pada dia, sebab lelaki yang bertanggungjawab itu sangat penting dalam kehidupan seorang wanita,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut berkongsi antara sifat lain yang membuatkan dirinya tertarik adalah keperibadian Syed Saddiq yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang baik hati, tegas namun dalam masa sama penuh kasih sayang.

“Dia sangat istimewa. Dia sangat baik, tapi pada masa sama dia juga seorang yang tegas dan penyayang.

“Dan dia selalu mengambil berat bukan sahaja Bella, malah matlamatnya… saya rasa semua orang tahu, rakyat. Itu antara sisi dia yang Bella nampak dan saya rasa tak semua orang ada,” ujarnya.

Tambah Bella lagi, sifat-sifat tersebut bukan sahaja unik, malah kekal konsisten sepanjang hubungan mereka, sesuatu yang jarang ditemui.

“Benda itu konsisten, alhamdulillah. Semoga kekal macam itu walaupun lagi 20, 30, 40 tahun,” ujarnya. 

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis penuh sederhana yang dihadiri sahabat baik dan keluarga terdekat. 

Bella yang juga seorang penyanyi tampil anggun dengan menggayakan busana berwarna sage green  rekaan Atelia Amani.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement