Skip to main content

Hiburan

Leona Belanja Lebih RM1,300 Bayar Barang Keperluan Rakan Baik - “Jadi Ibu Tunggal Mencabar Tapi Sebab Orang Seperti Kamu…”

dfvdfdf

Sekilas

  • Leona tular selepas video dia berbelanja barangan keperluan harian bernilai RM1,365.40 untuk rakan baiknya yang juga ibu tunggal.
  • Rakan Leona, Marian Carmello, meluahkan rasa syukur dan menghargai sokongan Leona yang dianggap sangat bermakna dalam hidupnya.
  • Leona menjelaskan dia berbuat demikian dengan ikhlas kerana belum ada komitmen besar dalam hidup dan menganggap Malcolm sebagai tanggungjawabnya.
Advertisement

Pempengaruh Leona meraih perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan dia berbelanja barangan keperluan harian untuk rakan baiknya.

Menerusi perkongsian di TikTok milik individual dikenali sebagai Marian Carmello, Leona dilihat menemani rakannya itu membeli-belah di sebuah pasar raya terkenal di Malaysia dengan mengisi barangan keperluan bayi, makanan serta barangan rumah. 

Advertisement

Lebih menyentuh hati, Leona juga menanggung sepenuhnya kos pembelian tersebut yang mencecah RM1,365.40.

Marian yang juga merupakan ibu tunggal kemudiannya meluahkan rasa syukur memiliki sahabat seperti Leona yang disifatkannya sebagai antara individu paling bermakna dalam hidupnya

“Terima kasih, Leona. Menjadi ibu tunggal memang sangat mencabar, tetapi disebabkan orang seperti kamu, ia menjadi lebih mudah dan boleh dilalui.

“Saya harap kamu akan menerima lebih banyak keberkatan kerana kamu benar-benar layak. Dunia telah menjadikan orang yang tepat terkenal. Sahabat seperti kamu sangat jarang ditemui.Malcolm saya sangat gembira,” tulisnya. 

Dalam video sama, Leona turut menjelaskan tindakannya itu dilakukan dengan penuh keikhlasan memandangkan dia belum mempunyai sebarang komitmen besar dalam hidup.

“Saya kerja keras, saya belum berkeluarga, belum ada anak dan belum ada kekasih. Saya tiada tanggungjawab lagi, jadi Malcolm adalah tanggungjawab saya,” ujar Leona.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Clothes Drying Rack Floor Standing 毛巾架

Clothes Drying Rack Floor Standing 毛巾架

X-Mart Rectangular Trash Bin Box Kitchen Bathroom Toilet Trash Can With Lid Waste Garbage Bin

X-Mart Rectangular Trash Bin Box Kitchen Bathroom Toilet Trash Can With Lid Waste Garbage Bin

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

Must Watch Video

Advertisement